Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi

Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi

Kategori: ,
Roti Kacang Merah Paling Mudah

Ketika kecil, kita sering sahaja menikmati beberapa biji roti kacang merah. Enak, popularitinya masih tidak lupuk meskipun pelbagai jenis roti telah diperkenalkan. Malah, ia sangat mudah untuk disediakan.

Jika anda ingin cuba, jom buat sendiri dengan mengikuti resepi roti kacang merah paling mudah yang telah dikongsikan oleh Sis Annies di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi

Bahan-bahan

  • 4 cawan atau setengah kilo tepung gandum
  • 1/2 cawan marjerin
  • Inti kacang merah – dapatkan yang ini, lebih mudah dan tak perlu buat sendiri
  • 1 pek Mauripan
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil gula
  • 1 sudu susu
  • 1 biji telur
  • 2 sudu susu tepung
  • Air

Cara penyediaan

  1. Bancuh susu dengan setengah air suam. Masukkan mauripan. Biarkan selama 2 hingga 3 minit.
  2. Campurkan tepung, telur, susu tepung dan marjerin dan gaulkan bersama-sama sampai adunan serata.
  3. Masukkan gula dan garam (Jika ada bread softener dan bread improver, boleh masukkan 1 sudu supaya roti lebih lembut. Jika tak ada pun tak apa).
  4. Masukkan bancuhan mauripan dan susu, uli-uli dan tambahkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
  5. Uli lama supaya doh lebih lembut.
  6. Kemudian, rehatkan doh selama satu jam.
  7. Tumbuk-tumbuk doh yang dah naik dua kali ganda. Ambil sebesar bola golf dan leperkan.
  8. Masukkan inti kacang merah dan bulat-bulatkan. Leperkan.
  9. Potong empat atau lima garisan di tengah-tengah. Gulung.
  10. Bakar pada suhu 180 atau 200 darjah celcius dalam oven selama 8 hingga 10 minit. Roti Kacang Merah Paling Mudah
  11. Setelah siap, angkat dan sapukan marjerin supaya berkilat. Roti Kacang Merah Paling Mudah Roti Kacang Merah Paling Mudah
  12. Siap untuk dinikmati. Roti Kacang Merah Paling Mudah

Semudah itu rupanya untuk buat roti ini. Bagi penggemar roti kacang merah, wajib cuba resepi ini. Kalau buat sendiri, barulah lebih puas hati. Seronok pula nak makan bila roti masih lagi panas dan segar.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Sis Annies di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: Ini Resepi Fruits Sando Yang Gebu & Comel, Lebih Sedap Dari Family Mart Punya

tags: | | |