Roti croissant merupakan sejenis pastri yang sangat popular di kalangan orang Barat. Malah di beberapa negara, ia sering menjadi sarapan pagi pilihan ramai. Sesuai digandingkan bersama aneka buah-buahan serta manisan, ia sangat enak!
Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh menikmatinya dengan cara lain. Di sini, kami ingin berkongsi resepi croissant custard puding yang telah diolah oleh Edayu Rashid di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Nampak sangat menyelerakan.
Bila fikir balik memang bijak kaedah pengunaan aiskrim untuk jadikan sos kastad itu. Sebab selalu memang kita guna telur, susu, gula dan esen vanila. Dalam aiskrim vanilla tu memang dah ada campuran semua bahan tu cuma dah dibekukan siap-siap.
Dah siap bakar tazabar nak makan. Kombinasi rasa masam marmalade, pahit dark chocolate bergabung dengan manis kastad dan buttery croissant memang menghasilkan satu rasa yang unik.
Selamat mencuba!
Kredit: Edayu Rashid di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Baca Juga: Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi