Bila satu kawasan sudah jadi tumpuan pelancong, pasti ada banyak tempat makan menarik di sekitarnya. Termasuk di Pulau Langkawi, ada banyak tempat makan dan restoran menanti anda. Namun, apabila terlampau banyak pilihan, tak semua tempat makan menyajikan hidnangan yang menepati citarasa ramai.
Bagi anda yang merancang untuk ke Langkawi, di sini kami nak kongsikan 9 tempat makan best di Langkawi yang anda wajib cuba! Berbaloi untuk dikunjungi dan sedap!
Bagi anda yang mencari hidangan lauk pauk ala Kampung yang lazat, singgahlah ke Restoran Kak Yan Nasi Campur!
Anda pasti rambang mata melihatkan aneka hidangan yang ditawarkan di sini. Kalau anda nakkan sesuatu yang unik, cubalah kerabu bronok yang cukup popular di kalangan warga Langkawi.
Kalau nak banyak pilihan lauk, anda kenalah datang awal dan elakkan waktu kemuncak!
Alamat : Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 4.00 petang
Menawarkan menu utama iaitu nasi dagang dengan resepi asli dari Terengganu, keenakan rasa juadah ini pasti akan mengubati rindu anda pada masakan Pantai Timur.
Selain menawarkan lauk gulai ikan tongkol sebagai pendamping wajib bagi nasi dagang, anda juga boleh pilih lauk lain seperti kambing, ayam atau daging lembu.
Nikmatilah nasi dagang dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas dan menghijau. Memang cukup mengasyikkan!
Disebabkan kedai makan ini dibuka seawal 8 pagi, anda juga boleh dapatkan aneka kuih muih yang enak untuk dinikmati.
Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi : 8.00 pagi – 2.00 petang (Tutup setiap Selasa)
Sebaik saja anda melangkah ke kedai makan ini, aroma kari dan gulainya pasti akan buatkan anda tak sabar nak mencubanya!
Nikmatilah aneka lauk pauk gulai dan kari berasaskan ayam, daging dan pelbagai makanan laut yang dimasak segar setiap hari.
Dipadankan pula dengan sambal belacan dan ulam, rasa keenakan hidangan di sini pasti akan buatkan anda teringat!
Alamat : No 4, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi : 6.00 petang – 12.00 tengah malam
Jangan tak tahu, di Langkawi ada satu restoran yang menyajikan pizza ala Itali yang cukup padu! Singgahla ke The Pizza Maker Langkawi untuk rasai sendiri keenakan aneka pizza yang disediakan menggunakan resepi asli Itali. Selain pizza, aneka salad yang segar dan berkhasiat turut menanti anda seperti Chicken Salad dan Tuna Salad.
Alamat : Morac Adventure Park Lot 67, Jalan Pantai Cenang Mukim Kedawang, Langkawi.
Waktu Operasi : 2.30 petang – 10.00 malam (Tutup setiap Isnin)
Facebook : The Pizza Maker Langkawi
Restoran ini cukup popular di kalangan warga tempatan serta pelancong kerana menawarkan aneka hidangan makanan laut yang lebih murah dan segar.
Rasa hidangan ikan bakar yang dicicah bersama sos istimewa di sini pasti akan membuka selera anda. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk cuba pelbagai masakan berasaskan makanan laut seperti masak lemak, gulai panas dan asam pedas.
Alamat : No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Waktu Operasi : 5.00 petang – 12.00 tengah malam (tutup setiap Selasa)
Nakkan sesuatu yang berbeza untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga? Singgahlah ke My French Factory yang menawarkan aneka crepe yang manis dan savoury. Antara hidangan yang anda wajib cuba di sini adalah salty crepe yang disediakan dengan keju, telur dan ayam bakar.
Bagi yang gemarkan pemanis mulut, jangan lupa untuk cuba waffle yang dipadankan dengan aiskrim kelapa serta crepe yang dilimpahi nutella. Tengok pun dah tahu sedap!
Alamat : Ground Floor, Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 11.00 malam (Tutup setiap Jumaat)
Kalau nak cuba hidangan grill yang mantap di Langkawi, datanglah ke Arang BBQ & Grill. Selain hidangan grill, restoran ini juga fokus dalam menawarkan hidangan berkonsepkan Timur Tengah dan Mediterranean.
Antara hidangan yang menarik untuk dicuba adalah Grilled Fish, Mixed Grill, kebab, Falafel dan BBQ Platters yang terlajak sedap. Memang rugi kalau anda tak cuba sendiri!
Alamat : 62A, Jalan Teluk Baru 07000 Langkawi
Waktu Operasi : 4.00 petang – 12.00 tengah malam
Facebook : Arang Langkawi
Buat anda yang teringin untuk nikmati hidangan dengan suasana kafe yang cantik dan selesa, datanglah ke Santai @ Kuza & Luke Café.
Terdapat pelbagai hidangan yang anda boleh cuba dari masakan Thai, Western sehinggalah ke hidangan goreng yang serba enak.
Jangan lepaskan peluang untuk cuba menu popular di sini seperti asam pedas, lamb chop, kari hijau Thai, Pasta Aglio E Olio Pedas dan tom yam seafood yang sangat menyelerakan.
Alamat : 132, Jalan Pantai Kok, Kg. Batu Ara, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi
Waktu Operasi : 5.30 malam – 11.30 malam
Facebook : Santai Cafe
Hidangan ala Thai yang ditawarkan di restoran ini memang sukar untuk ditandingi! Aneka menu seperti tom yam, udang Wan Thai serta kari hijaunya memang cukup padu.
Tak hanya itu, menu sampingan di Restoran Wan Thai seperti pulut mangga, pulut durian serta otak-otak turut menjadi kegilaan ramai! Patutlah restoran ni selalu ramai sepanjang masa!
Alamat : 80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam), Langkawi, Kedah 07000
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 3.00 petang, 6.30 petang – 10.00 malam
Banyak rupanya tempat makan best di Langkawi yang anda boleh cuba. Bukan setakat ikan bakar dan seafood, malah ada pelbagai jenis hidangan unik dan menarik yang pastinya cukup lazat seperti pizza, crepe, nasi dagang dan menu Western yang menyelerakan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah tempat makan best di Langkawi ini bersama rakan dan keluarga!