Nama Shuib Sepahtu tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Selain bergiat aktif dalam industri tersebut, beliau turut menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang beroperasi semenjak 2019.
Namun kejayaan yang dinikmati sekarang tidak datang dengan mudah. Jika ramai yang nak tahu, sebelum meraih populariti, beliau pernah bekerja sebagai pekerja kilang dengan pendapatan hanya RM1,200 sebulan.
Tambahan pula, Shuib baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin angkara jangkitan virus COVID-19. Tapi walaupun telah diduga dengan pelbagai cabaran, beliau masih merupakan antara selebriti tanah air yang tetap humble dan disegani ramai.
Mengunjungi sebuah kedai makan, seorang lelaki mr_hanz7, terserempak dengan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu. Tak ingin menganggu privasinya, dia hanya memerhatinya dari jauh ketika dia makan bersama kawannya.
Namun tindakan Shuib di sana membuatnya terharu. Sedang makan, pelawak tersebut disapa oleh seorang adik kecil yang menjual aneka kerepek dari meja ke meja.
Tak sampai hati menolak jualannya, Shuib membeli dan menyedekahkan sedikit wang untuk adik kecil itu. Meskipun dia segan untuk menerima pemberian itu, Shuib cuba memujuk adik itu yang akhirnya menerimanya.
Menyaksikan perkara itu, lelaki itu kagum dengan sifat pemurah yang dimiliki oleh Shuib. Tambahan pula, dia berasa mungkin ini antara sebabnya beliau memiliki kekayaan yang ada kerana tidak keberatan untuk bersedekah pada mereka yang susah.
@mr_hanz7 Salah satu penyebab manusia dimurahkan rezeki…Terbaik suib…👍#fyp #sedekahituindah
@mr_hanz7 Salah satu penyebab manusia dimurahkan rezeki…Terbaik suib…👍#fyp #sedekahituindah ♬ Sedekah – SendAguRau
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa terharu melihat tindakan mulia selebriti itu. Menurut seorang pengguna, himekiro, Shiub memberi kerana dia tahu kepayahan yang perlu dihadapi kerana dia juga tidak dilahirkan dalam hidup yang senang.
Sikap Shuib Sepahtu boleh menjadi contoh yang baik buat kita semua. Ketika senang, janganlah kita berat untuk membantu mereka yang susah. Terapkan amalan rajin bersedekah dan dengan izin-Nya, hidup kita akan lebih diberkati.
Kredit: mr_hanz7