Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » 10 Port Nasi Lemak Paling Best di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Rugi Tak Cuba! 

10 Port Nasi Lemak Paling Best di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Rugi Tak Cuba! 

Kategori: ,,

Nasi lemak sering diangkat sebagai makanan kebanggan rakyat Malaysia. Keenakan rasa nasi yang dimasak bersama santan boleh membangkitkan selera sesiapa saja!

Bila dipadankan dengan sambal yang pedas manis dan aneka lauk pauk, memang bertambah sedaplah jadinya.

Walaupun popular sebagai hidangan sarapan pagi, namun rakyat Malaysia tak keberatan untuk nikmatinya sepanjang hari! Sedap dan mengenyangkan, siapa yang boleh tahan?

Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, jangan lupa ke 10 port nasi lemak yang terlajak sedap di sekitar Lembah Klang, rugi kalau tak cuba!

10 Port Nasi Lemak Paling Best di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Rugi Tak Cuba!

10. Nasi Lemak Mali’s Corner @ Taman Bunga Raya

Jangan terkejut kalau anda nampak orang ramai beratur di kedai makan ini! Ramai yang sanggup datang ke Wangsa Maju untuk nikmati nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan berjus.

Keenakan ayam yang digoreng segar setiap 30 minit di sini memang tiada tandingannya! Dah alang-alang anda ke sini, jangan lupa untuk cuba sekali char kuey toewnya yang dikatakan cukup padu.

Alamat : Mali’s Corner,  Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 5.30 petang – 4.00 pagi

9. Nasi Lemak Bumbung

Nasi Lembak Bumbung cukup terkenal di kalangan warga Lembah Klang yang ingin nikmati nasi lemak yang sedap pada waktu malam.

Nasi lemaknya yang dihidangkan bersama telur goyang dan ayam goreng berempah sememangnya wajib untuk anda cuba!

Alamat : Jalan 21/11B, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 5.30 petang – 4.00 pagi

8. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Jika anda jenis yang tak tahan pedas, Nasi Lemak Wanjo pasti bakal jadi kegemaran anda kerana sambalnya yang pedas-pedas manja dan manis.

Berpengalaman menyajikan nasi lemak dengan citarasa asli sejak 55 tahun lepas, anda pasti akan terpikat dengan keenakan nasi lemak di sini.

Jangan lupa untuk nikmati nasi lemak dengan aneka lauk pauk seperti sambal sotong, rendang daging, ayam goreng, begedil dan limpa!

Alamat : 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 6.30 pagi – 12.00 tengah hari, 3.00 petang – 1.00 pagi

7. Village Park Restaurant

Walaupun ringkas, namun keenakan nasi lemak di Village Park Restaurant tidak perlu dipertikaikan lagi! Nasi lemak ayam goreng di sini teramatlah sedap sehingga jadi bualan ramai! Dimasak sempurna dengan aroma yang menyelerakan, anda pasti teruja untuk mencubanya.

Selain itu, pelbagai menu dengan citarasa rakyat Malaysia turut menanti anda seperti Mi Udang Penang, Nasi Dagang, Assam Laksa, Ipoh Hor Fun Soup dan Pan Mee. Jom singgah Village Park Restaurant!

Alamat : 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi :

Isnin – Jummat : 6.30 pagi – 7.30 malam

Sabtu & Ahad : 6.30 pagi – 6.00 petang

6. Nasi Lemak Saleha

Menggunakan resepi turun temurun keluarga dalam menyajikan nasi lemak dengan aroma yang memukau, ramai yang cukup menggemari Nasi Lemak Saleha yang terletak di Sri Rampai.

Memang tak sah kalau anda tak cuba lauk ayam rendangnya yang membuka selera! Dibuka seawal 7.00 pagi, anda juga boleh nikmati aneka sarapan pagi yang sedap-sedap belaka seperti Mee Rebus Johor, Lontong, pulut kuning dan variasi kuih-muih tradisional.

Alamat : Nasi Lemak Saleha, Pusat Perindustrian Sri Rampai, 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 12.00 tengah malam

Port Nasi Lemak

5. Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

Cukup menyerlah berbanding restoran nasi lemak lain, Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 menawarkan nasi lemak yang dipadankan bersama udang galah, ketam dan sotong bersaiz jumbo!

Sambal sotong dan ayam gorengnya juga menjadi kegemaran ramai! Rugi kalau anda tak cuba sendiri.

Alamat : Lorong 6/125, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 4.00 petang – 11.00 petang

Facebook : Nasi Lemak Tepi Jalan NLTJ

4. Botak Nasi Lemak

Satu lagi port nasi lemak yang cukup digilai ramai di Petaling Jaya, keenakan nasi lemak di sini memang sukar untuk ditandingi!

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati nasi lemak yang dipadankan bersama ayam goreng dan sambal sotong yang laku keras di sini.

Minuman yang ditawarkan seperti Thai Green Milk Tea, Iced Kedondong dan Iced White Coffee sememangnya padanan yang terbaik dengan nasi lemak yang anda pesan!

Alamat : 13, Jalan SS 3/37, Taman Universiti, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 6.30 pagi – 3.00 petang (tutup setiap Isnin)

Facebook : Botak Nasi Lemak 

Port Nasi Lemak

3. Nasi Lemak Famous

Juga dikenali sebagai nasi lemak ganja, anda pasti akan ketagih dengan keenakan nasi lemak di sini! Terletak di tengah-tengah Bangsar, nasi lemak ini memang cukup famous dengan ayam goreng dan sambal sotongnya yang menyelerakan.

Alamat : Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 5.00 petang – 2.00 pagi

Port Nasi Lemak

2. Nasi Lemak Antarabangsa

Siapa tak kenal dengan Nasi Lemak Antarabangsa? Menjadi kebanggaan warga Kampung Baru, ramai yang terpikat dengan keenakan nasi lemak serta pelbagai lauk-pauk yang lazat di sini. Memang level antarabangsalah senang kata!

Bagi penggemar nasi lemak, anda juga boleh dapatkannya di cawangan lain sekitar KL seperti di Kota Damansara, TTDI dan Bangsar.

Alamat : Nasi Lemak Antarabangsa, 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 6.00 petang – 12.00 pagi (Isnin)

12.00 tengah malam – 12.00 tengah hari | 6.00 petang – 12.00 tengah malam (Selasa – Ahad)

Port Nasi Lemak

Port Nasi Lemak

1. Nasi Lemak Tanglin

Dikatakan sebagai salah satu port nasi lemak paling power di Malaysia, keenakan rasa Nasi Lemak Tanglin kekal menjadi kegemaran ramai sejak tahun 1948.

Aroma serta rasa nasi lemak di sini memang cukup mengasyikkan. Jika anda berpeluang ke sini, jangan lupa untuk nikmati nasi lemak anda bersama sambal sotong dan paru goreng. Sedap tak terkata!

Alamat : Nasi Lemak Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 1.00 petang

Port Nasi Lemak

Port Nasi Lemak Port Nasi Lemak

Banyak rupanya port nasi lemak best di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau macam ni, dari pagi sampai malam makan nasi lemak pun tak apa sebab boleh cuba sekali lauk pauk yang enak dan menyelerakan seperti rendang, ayam goreng dan sambal sotong.

Tak sabar rasanya nak terjah port nasi lemak ni dengan kawan-kawan dan keluarga. Confirm sedap sampai menjilat jari!

tags: