Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Pos Buah Durian Dari Kampung, Tak Perlukan Kos Yang Banyak Pun!

Ini Cara Pos Buah Durian Dari Kampung, Tak Perlukan Kos Yang Banyak Pun!

Kategori: ,
cara pos buah durian

Bagi sesiapa yang mempunyai dusun durian pasti seronok. Mana tidaknya, dapat makan secara percuma sepuas hati dan boleh dijual lagi. Musim sekarang pula, buah durian mahal. Semestinya dapat keuntungan yang lumayan apabila mempunyai dusun atau kebun ini.

Kebiasaanya, orang kampung akan menanam durian di kawasan yang berbukit dan kata mereka apabila durian tersebut ditanam di kawasan yang berbukit, rasanya akan lebih sedap dan manis.

Oleh sebab itu, ramai dari kalangan kita yang mencari durian bukit. Mungkin rasanya yang lebih sedap membuatkan ramai penduduk di bandar sanggup membeli durian bukit dari kampung.

Selain pergi sendiri ke mana-mana kampung untuk membeli durian, ada juga yang tunggu di bandar sahaja. Menanti pembekal menghantar durian yang digemari.

Namun adakala ada ibu bapa yang sanggup datang dari kampung untuk menghantar durian kepada anak-anak mereka di bandar.

Tetapi kasihan juga kan dekat mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Jadi apa kata, kita pos sahaja. Eh boleh ke pos buah durian ini? Ya, boleh sahaja. Jom kita ikuti langkah dan cara-cara pos buah durian yang dikongsikan oleh Razira Razalli.

Teknik mudah pos buah durian dari kampung

Kasih ibu dan ayah kepada anaknya. Musim tengah banyak tapi anak diperantauan tak dpt pulang lalu difikirkan bagaimana cara untuk anak nya juga dapat merasa.

Sekarang durian pon boleh pos. Bagi mak ayah yang tgh byk buah durian tapi nak bg anak-anak yang jauh merasa boleh buat mcm ni.

  1. Frozen kan durian tu dulu sebiji-biji (yang ni mak letak semalaman je dalam chest freezer). Update: Pos kali kedua mak tak frozen kan durian. Mak hantar buah yang dikutip awal pagi dan terus pos waktu petang. Alhamdulillah selamat sampai.
  2. Lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain towel.
  3. Susun buah durian biar padat. Boleh muat 8 biji durian.
  4. Wrap keseluruhan kotak dgn plastik wrap.
  5. Boleh pergi pos. ( Sebelum pos contact parcelhub terlebih dulu untuk pastikan alamat penerima boleh dihantar secepat mungkin).

Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan parcelhub.

Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai. Jaminan parcelhub barang sampai dalam tempoh 3 hari paling lewat tapi 2 hari dah sampai.

  1. Buah yang disusun sebelum dipos.
  2. Keadaan parcel yang diterima semasa sampai di rumah.
  3. Keadaan buah semasa sampai.
  4. Follow up dengan parcelhub terlebih dahulu sehari sebelum hantar.

Mudah sahaja kan nak pos buah durian ini ke bandar atau kepada anak-anak yang merantau jauh. Namun pastikan dahulu apakah alamat tersebut pihak parcelhub boleh hantar atau pun tidak. Semoga dengan adanya tips ini, ia sedikit sebanyak memudahkan kerja anda semua.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Razira Razalli

Baca juga: Tips Untuk Hasilkan Tempoyak Durian Yang Tak Berkulat & Tahan Lama, Nak Bagi Rasa Lemak Pun Ada Petua Tau!

tags: |