Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tinggal Air Pepsi Dalam Freezer, Wanita Ini Saran Jangan Buat Begitu Kerana Boleh Meletup

Tinggal Air Pepsi Dalam Freezer, Wanita Ini Saran Jangan Buat Begitu Kerana Boleh Meletup

Kategori:
tinggal air pepsi dalam freezer

Jenama Pepsi tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Merupakan antara minuman berkarbonat yang terkenal di seluruh dunia, ia boleh didapati dalam bentuk tin atau botol plastik.

Untuk rasa yang lebih menyegarkan, minuman tersebut lebih sedap untuk dinikmati secara sejuk-sejuk. Jadi sesudah mendapatkannya, ramai yang suka menyimpannya di dalam peti ais buat beberapa hari.

Perkara itu tidak menjadi satu masalah namun elakkan menyimpan di bahagian freezer kerana ia boleh mendatangkan risiko yang tinggi pada diri anda.

Tinggal Air Pepsi Dalam Freezer, Wanita Ini Saran Jangan Buat Begitu Kerana Boleh Meletup

Terkini, seorang wanita, sre7a bersama kawan-kawannya telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi perkara kurang bermanfaat yang telah dilakukan oleh mereka bagi mengisi masa bosan.

Ingin bereksperimen, dia mengambil satu tin minuman Pepsi dan meletakkannya di bahagian freezer dan tunggu beberapa jam supaya ia mengeras dan menjadi ais. tinggal air pepsi dalam freezer

Setelah itu, dia terus gunting bagi mengoyak tin minuman tersebut untuk melihat hasil eksperimen yang telah dilakukan. Terlampau sejuk bila dipegang, jelas mereka juga turut terhibur dengan perkara yang dilakukan. tinggal air pepsi dalam freezer

Meskipun eksperimen yang dilakukan berjaya, namun dia tidak menyarankan untuk berbuat begitu kerana jika ditinggalkan terlalu lama di dalam bahagian freezer, tin minuman itu boleh meletup sekaligus boleh merosakkan harta benda atau mencederakan diri. tinggal air pepsi dalam freezer

@sreyavt

and this is how our brain cells work while sober #fypシ

♬ got nothing in my brain – user101010101010*-*

@sre7a and this is how our brain cells work while sober #fypシ ♬ got nothing in my brain – Tik Toker

Menjengah di ruangan komen, meskipun wanita itu menasihatkan orang ramai untuk tidak mencuba aksi tersebut, masih ada yang berminat untuk melakukannya. Tambahan, ada juga yang tag kawan-kawan untuk cuba.

Dah Nasihat Jangan Cuba Tapi Masih Ada Yang Ingin Cuba tinggal air pepsi dalam freezer

Eksperimen itu jelas kelihatan sangat seronok untuk dicuba bersama kawan-kawan tapi orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada. Ini kerana tindakan itu boleh mengundang padah jadi jangan dicuba supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Kredit:sre7a

Baca Juga: “Kena Sabar Je..” – Barang Makin Mahal, Wanita Ini Terkilan Tengok Harga 10 Biji Telur Ayam Di Pasaraya

tags: | |