Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Suka Makan Sushi? Ini 8 Port Sushi Halal Untuk Anda Cuba, Sedap Tak Terkata!

Suka Makan Sushi? Ini 8 Port Sushi Halal Untuk Anda Cuba, Sedap Tak Terkata!

Kategori: ,

Walaupun tak semua boleh terima rasa sushi, namun ia kekal sebagai antara makanan bukan tempatan yang paling digemari rakyat Malaysia.

Ramai yang menggemari keseimbangan rasa aneka protein dan pulut sushi yang cukup padu dan ringkas. Saiznya yang kecil pula buatkan penggemar sushi tak teragak-agak untuk pesan berpinggan-pinggan!

Jom cuba 8 port sushi halal yang dijamin sedap ni! Yang menariknya, kebanyakannya menawarkan harga yang berpatutan dengan rasa yang kena dengan citarasa rakyat Malaysia!

8 Port Sushi Halal Yang Sedap, Penggemar Makanan Jepun Wajib Cuba!

8. Sushika

Pernah cuba sushi sate atau sushi durian? Kalau tak pernah, anda kenalah singgah ke Sushika! Menawarkan sushi yang kena dengan citarasa rakyat Malaysia, anda pasti jatuh cinta dengan aneka sushi yang ditawarkan.

Bagi yang pertama kali nak cuba, anda boleh pesan menu bestseller di sini seperti Ayam Teriyaki, Udang Tempura dan Octopus Prime. Confirm tak menyesal!

Selain sushi sate dan sushi durian, terdapat juga pilihan sushi yang ekslusif seperti sushi rendang daging cili api dan sushi serunding. Memang kena dengan tekak orang kita!

Bagi yang teringin nak rasa Sushika, datanglah ke cawangan drive-thru mereka di Seksyen 14, Shah Alam!

Untuk penggemar sushi yang berada berada di luar Lembah Klang, jangan risau! Mereka juga adakan penghantaran secara berkala ke kawasan utara dan selatan tanah air.

Kalau nak tahu bila mereka nak datang, anda kenalah follow Facebook dan Instagram mereka. Kalau tak, melepaslah jawabnya!

Lokasi Sushika Drive-Thru

Alamat : G-01 Studio, 14, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi : Setiap hari, 11.00 pagi sehingga 7.00 malam. Tutup setiap Isnin.

Facebook : Sushika

7. Sushi King

Restoran ini tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia. Sejak mula diperkenalkan sekitar tahun 1995, ramai yang jadikan Sushi King sebagai lokasi tetap untuk nikmati hidangan Jepun yang sedap dan halal.

Aneka sushi menanti anda di Sushi King seperti Tuna Mayo, Salmon Nishoku, Chuka Idako, Ebi Fry dan macam-macam lagi. Hidangan berat seperti Spicy Chiken Katsu dan Tempura Udon di sini pun boleh tahan sedap!

Anda boleh semak lokasi Sushi King berdekatan di sini.

Kredit : foursquare.com

6. Empire Sushi

Bagi anda yang teringin sushi yang segar dengan harga yang berpatutan, singgahlah ke Empire Sushi! Anda pasti terkejut dengan kesedapan sushi yang tak berpatutan dengan harga yang  cukup berbaloi.

Menawarkan sushi dengan harga serendah RM 1.10, antara yang menjadi pilihan ramai adalah  Cheese Roll, Grilled Lobster, Grilled Calamari dan Futo Maki. Jom semak lokasi Empire Sushi terdekat di sini!

Facebook : Empire Sushi 

5. Nippon Sushi

Jangan sebut anda peminat sushi kalau tak pernah rasa Nippon Sushi! Jom cuba sushi yang paling laris di sini antaranya Mito Set, aneka Handroll Sushi, Hana Tuna Mayo, dan Soft Shell Crab Sushi.

Bukan sekadar sushi, malah banyak lagi hidangan Jepun yang menanti anda seperti Chicken Teppan, Shimeji Niku Jyu, dan Gyuniku Roll yang teramatlah sedap. Ada lebih 100 jenis menu menanti anda, pasti rambang mata dibuatnya!

Jangan tak tahu, sekarang Nippon Sushi dah ada 17 cawangan serata Malaysia. Jom tengok lokasi terdekat Nippon Sushi di sini!

Facebook : Nippon Sushi Malaysia

4. Toyyiban Sushi

Khas untuk anda yang berada di sekitar Bangi, nikmatilah aneka sushi serta hidangan auntentik Jepun yang dijamin halal lagi sedap di Toyyiban Sushi.

Kalau anda kurang gemarkan sushi mentah, anda bolehlah cuba sushi goreng yang cukup unik dan sedap tak terkata!

Jangan lupa untuk cuba sekali Katsudon, takoyaki dan ramen yang cukup laris di sini.

Alamat : D-2-G, Ground Floor,Bangi Gateway Shopping Complex, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 8.00 malam

Facebook : Toyyiban Sushi

3. Ninja’s House

Bermula sebagai gerai tepi jalan, kini Ninja’s House semakin terkenal di kalangan peminat sushi halal. Menawarkan hampir 83 jenis sushi setiap hari, keenakan sushi di Ninja’s House tak perlu disangkal lagi!

Jangan tak percaya, anda boleh dapatkan sushi yang sedap dengan harga serendah RM 1.00 sahaja di sini!

Kalau anda gemarkan pemanis mulut, anda juga boleh dapatkan mochi, kek serta donut gebu di sini. Memang rugi kalau tak cuba sendiri!

Alamat : Eco Majestic, 26-1, Jln Eco Majestic 10/1B, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi : 10.30 pagi – 8.00 malam (Tutup setiap Isnin & Selasa)

Instagram : Ninja’s House

Laman Web : ninjashouse.com

2. Fujiyama 101

Berpengalaman dalam membuat sushi selama lebih 3 dekad dan disahkan halal, keenakan sushi di Fujiyama memang tiada tandingannya!

Dipadankan dengan 13 jenis sos yang unik anda wajib cuba fusion Sushi yang luarbiasa lazatnya. Antara menu fusion sushi yang menanti anda adalah Salmon Belly Osaka Sushi, New York Sushi Roll dan Rock Shrimp Sushi.

Kalau anda lebih sukakan sushi biasa, anda boleh nikmatinya di sini dengan harga serendah RM 1!

Bagi penggemar masakan pedas, anda wajib cuba Spicy Beef Ramen yang cukup popular di sini.

Alamat : No 40G, Jalan SS21/58 Damansara Utama, Petaling Jaya

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 11.30 malam

Facebook : Fujiyama 101

1. Kaito Restaurant

Air tangan dari Chef Nizam yang berpengalaman selama 15 tahun di Jepun pasti takkan mengecewakan anda! Dikatakan sebagai restoran pertama di Malaysia yang menggabungkan konsep hidangan Jepun dan Itali, ramai yang menggemari sushi halal yang premium dan unik di Kaito Restaurant.

Set sushi yang dinamakan Nigiri Art Moriawase Take pasti memberikan pengalaman yang berbeza buat penggemar sushi. Yang uniknya, semua sos di sini dihasilkan dengan Italian twist. Hanya menggunakan bahan premium dan segar, rasanya memang cukup berbeza dan sedap tak terkata!

Selain sushi, anda juga boleh cuba aneka menu bestseller di sini seperti Sashimi Tacos, Asari Ramen, Kaito Don yang dihidangkan dengan daging wagyu.

Meskipun hidangan di sini agak mahal, tapi keenakan aneka menu yang unik di sini pasti akan buatkan anda datang lagi!

Alamat : Kaito, LG17, Glo Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 11.30 pagi – 3.00 petang, 5.00 petang – 10.30 malam

Facebook : Kaito

sushi halal

 

sushi halal

Menariknya aneka sushi halal yang ditawarkan! Harganya pula cukup berbaloi dan kena dengan citarasa orang kita. Rugi kalau tak cuba ni! Jadi, tunggu apa lagi, jom ajak geng sushi anda untuk terjah 7 port sushi halal yang menyelerakan.

tags: |