Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Yang Kena Saja Tahu..” – Wanita Makan Nasi Pakai Sarung Tangan Nampak Pelik, Rupanya Ini Penjelasannya..

“Orang Yang Kena Saja Tahu..” – Wanita Makan Nasi Pakai Sarung Tangan Nampak Pelik, Rupanya Ini Penjelasannya..

Kategori:
SARUNG TANGAN

Penggunaan sarung tangan amat penting dalam penyediaan makanan. Ia bagi memastikan kebersihan terjamin dan mana-mana pekerja dalam industri makanan dan minuman ditekankan untuk sentiasa menggunakannya ketika mengendalikan makanan pelanggan.

Namun sangat jarang sekali kita melihat ia digunakan untuk makan. Sekali tengok, mesti kita akan berasa hairan dan tertanya-tanya mengapa ada individu yang menggunakannya semata-mata untuk menyuap diri sendiri.

“Orang Yang Kena Saja Tahu..” – Wanita Makan Nasi Pakai Sarung Tangan Nampak Pelik, Rupanya Ini Penjelasannya..

Terbaharu, seorang wanita, zuraini.ibrahim telah memuat naik sebuah video dan berkongsi kesusahan yang dihadapinya tiap kali makan di kedai makan. Merupakan penggemar nasi berlauk, dia memesan sepinggan nasi putih bersama ayam bakar, timun dan sepiring sambal belacan.

Namun caranya menikmati makanan itu sangat lain dari yang lain. Menggunakan sarung tangan latex berwarna hitam untuk menyuap diri sendiri, dia sedar bahawa orang ramai tentu berasa hairan melihatnya. SARUNG TANGAN

Tidak melakukannya untuk suka-suka atau semata-mata meraih views di media sosial, wanita itu menjelaskan oleh kerana kesakitan yang dialami di tangan, dia terpaksa berbuat begitu.

Menurutnya, dia yang menderita dari tangan yang berair dan sering gatal terpaksa menggunakan sudu dan garfu tiap kali makan. Tapi kerana rindu, dia menggunakan tangan yang telah disarungkan sarung tangan tersebut. SARUNG TANGAN SARUNG TANGAN

Mungkin kenikmatannya tidak sama, namun wanita itu tetap gembira dapat makan dengan cara itu.

@zuraini.ibrahimStruggle 😭♬ الصوت الأصلي – غزلان

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan kesakitan dan kesusahan yang dihadapi wanita itu. Malah, beberapa individu yang menderita masalah yang sama turut berkongsi keperitan tersebut.

Menurut pengguna, Ezzie yang sedang menderita dari penyakit Eczema, dia terpaksa menggunakan sudu untuk makan. Tapi kerana ingin merasai nikmat, dia sangup makan menggunakan tangan yang akhirnya menyebabkan tangannya gatal merah menyala.

Penderita Eczema Faham Kesusahan Yang Dihadapi Wanita Itu  SARUNG TANGAN

Cara wanita ini menikmati makanannya sangat jarang dilihat orang tapi jika ia dapat melindungi dirinya dari terus berada dalam kesakitan, janganlah kita menghakiminya.

Ingat, setiap apa yang dilakukan oleh seseorang itu ada sebabnya.

Kredit: zuraini.ibrahim

Baca Juga: Setelah Sekian Lama Coleslaw KFC Out Of Stock, Pelanggan Ini Gembira Bila Dapat Kejutan ‘Istimewa’

tags: | |