Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Hati Lembu Masak Pengantin, Tabur Cili Padi, Makan Dengan Nasi Panas, Memang Sedap!

Resepi Hati Lembu Masak Pengantin, Tabur Cili Padi, Makan Dengan Nasi Panas, Memang Sedap!

Kategori: ,
hati lembu masak pengantin

Biasanya, ada diantara kita yang tidak tahu untuk memasak barang dalaman seperti limpa, paru dan hati lembu untuk hidangan santapan. Ini kerana, ada juga yang memang tidak makan barang dalaman atas faktor tertentu.

Tetapi, untuk sesiapa yang ingin masak hati lembu tetapi buntu mahu masak dengan cara bagaimana, boleh ikuti resepi yang kami kongsikan ini!

Resepi Hati Lembu Masak Pengantin, Tabur Cili Padi, Makan Dengan Nasi Panas, Memang Sedap!

Bahan-Bahan:

  • 500 gram hati lembu, basuh 3 atau 4 kali. Selawat dan masukkan tepung sekejap lepastu basuh balik. In Shaa Allah tak ada bau.
  • 3 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia (kisar)
  • 4 sekawan
  • 1 sudu cili kisar (optional)
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu garam masala (optional)
  • garam/serbuk perasa
  • sedikit air
  • kacang buncis

Bahan Hiasan:

  • Cili merah
  • Daun bawang
  • Bawang besar potong bulat

Cara Penyediaan:

  1. Garam kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh.
  2. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Tumis bahan kisar bersama 4 sekawan.
  5. Masuk cili kisar, masak sekejap sampai pecah minyak.
  6. Masuk sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam masala sekejap.
  7. Masukkan air dan hati lembu.
  8. Masukkkan kacang buncis dana potong bawang bulat.
  9. Tunggu masak dan boleh angkat.
  10. Tabur semua bahan hiasan. Nak tambah cilii potong pun boleh!

hati lembu masak pengantin hati lembu masak pengantin hati lembu masak pengantin

Okay dah siap kita punya menu hati lembu masak pengantin yang rasanya manis manis ini! Memang sedap walaupunn makan dengan nasi panas sahaja. Ambil kicap, lauk hati lembu pengantin lepastu cili potong dengan nasi panas. Boleh bertambah-tambah nasi tu!

Nama hati lembu masak pengantin ni sebab masakan ni biasa dihidangkan ketika kenduri. Memang lauk yang paling cepat habus. Bolehlah cuba!

Selamat memasak dan menikmati!

Sumber: Ida Zairi

Baca juga: Bosan Dengan Rendang Ayam? Ini Resepi Rendang Paru Yang Berlemak!

tags: | |