Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Awak Tak Faham Bahasa Ke?!” – Wanita Hilang Sabar & Mengamuk Hingga Campak Barang Peniaga Gara-Gara Kena Paksa Beli

“Awak Tak Faham Bahasa Ke?!” – Wanita Hilang Sabar & Mengamuk Hingga Campak Barang Peniaga Gara-Gara Kena Paksa Beli

Kategori:
WANITA HILANG SABAR

Kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan terhad membuat orang ramai memilih cara lain untuk menjana pendapatan. Antaranya, ramai yang mengambil peluang untuk meniaga secara kecil-kecilan.

Demi mencari rezeki yang halal, ada juga yang terpaksa membuang malu dan pergi ke tempat ke tempat bagi mempromosikan produk mereka. Meskipun tindakan mereka tidak berniat untuk menganggu sesiapa, ada juga beberapa individu yang kurang senang bila mereka datang ke meja.

Wanita Hilang Sabar Dan Mengamuk Hingga Campak Barang Peniaga Gara-Gara Kena Paksa Beli

Terbaharu, seorang pengguna, syaqim96 telah memuat naik sebuah video di laman media sosial dan merekodkan adengan menyayat hati penonton.

Ketika di sana, kemunculan seorang peniaga menarik perhatiannya. Menjual meja ke meja, peniaga tersebut menghampiri semua pelanggan yang ada dengan harapan ada yang sangup membeli. WANITA HILANG SABAR

Tertarik dengan kesungguhan peniaga tersebut, dia merekodkan gelagat peniaga itu ketika sedang menjual produknya pada seorang pelanggan yang kelihatan tidak berminat sejak mula lagi.

Tidak ingin berputus asa, peniaga itu cuba menyakinkan wanita itu untuk membeli jualannya meskipun tidak berhasil. Malah, dia juga mengajak wanita itu untuk mencuba makanan itu tapi sering ditolak.

Mula hilang sabar dan berasa seperti diri dipaksa, wanita itu terus mengambil plastik yang dibawa peniaga itu dan terus mencampakkannya di atas lantai. Geram, wanita itu tetap tegas menolak peniaga tersebut. WANITA HILANG SABARWANITA HILANG SABAR

Agaknya tersinggung dengan tindakan wanita itu yang sangup berbuat begitu, peniaga tersebut berterima kasih lalu berlalu pergi dari restoran itu.

https://www.tiktok.com/@syaqim96/video/7116131329720323355?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@syaqim96 #fypシ #tiktokmalaysia #videoyangmengejutkan ♬ original sound – Syaqimadnan

Namun di ruangan komen, pendapat orang ramai agak berbahagi. Ada yang memahami mengapa wanita itu bertindak begitu. Walaupun sudah ditolak, tapi peniaga itu tetap cuba menjual, ibarat memaksanya membeli jadi tidak hairanlah mengapa dia bertindak begitu.

Ramai Tak Salahkan Wanita Itu WANITA HILANG SABAR

Dari yang sudut yang lain pula, ada yang berasa bahawa wanita itu bertindak agak melampau. Meskipun rimas, dia tidak seharusnya mengasari peniaga tersebut dengan cara sebegitu.

Walaupun Rimas, Jangan Sampai Biadab! WANITA HILANG SABAR

Harap-harap video yang dikongsikan hanyalah rekaan semata-mata. Namun situasi sebegini sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Janganlah kita menghina mereka yang mencari rezeki. Jika tak mahu membeli, apa salahnya menolak dengan cara yang elok tanpa perlu bertindak kasar dan meninggikan suara?

Kredit: syaqim96

Baca Juga: Akibat Harga Barang Naik, Para Peniaga Makin Rugi Sampai Untung Turun Hingga 70 Peratus!

tags: | | | |