Setiap keluarga mempunyai resepi turun temurun yang telah disampaikan dari generasi ke generasi. Hal itu bagi memastikan kenangan dan ajaran keluarga dapat terus dijaga dan diamalkan.
Ada yang mempunyai resepi unik dan agak merumitkan untuk diikuti, ada pula yang ringkas sahaja. Walau apapun, bagi anda yang sangat gemar menggoreng, di sini kami kongsikan resepi garam kunyit istimewa resepi turun temurun dari Syeeda Shaari. Memang mudah, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Nota: Sukatan ikut suka, kalau nak lebih sedap, boleh tambahkan serai.
Untuk pengetahuan anda, perapan ini boleh disimpan di luar peti ais dan buat jangka masa yang lama kerana ia tidak akan berkulat atau busuk tapi sebaiknya terus digunakan supaya apa jua daging yang diperap kekal enak dan segar.
Garam kunyit istimewa resepi turun temurun dari wanita ini sangat sesuai untuk digunakan buat semua jenis daging. Perap sahaja, ia juga boleh menghilangkan segala jenis bau kurang menyenangkan. Rasanya dijamin menjadi lebih sedap!
Kredit: Syeeda Shaari
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Baked Potato Cheezy Cheese, Sangat Creamy. Kalau Jual Memang Laku Keras!