Semenjak dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan. Lebih mudah dan menjimatkan masa pengguna, makanan mereka dapat dihantar terus ke rumah tanpa mereka perlu bersusah-payah untuk keluar.
Namun, kerjaya sebagai seorang food rider ini tidaklah semudah yang disangka. Selain perlu menghadapi risiko yang besar bila berada di jalan raya, kerenah pelanggan yang bermacam ragam turut menjadi salah satu cabaran besar buat mereka.
(Gambar sebagai hiasan)
Meskipun ia tidak mudah, tapi ganjarannya begitu manis. Perlu penat tapi mendapat gaji yang lumayan, kisah seorang rider FoodPanda ini dikongsikan oleh pengguna Urban Hartanah di laman Twitter.
Dengan lebih dari 2 Ribu Retweets, laman tersebut berkongsi satu screenshot gaji seorang rider FoodPanda yang begitu memeranjatkan. Jelas dari gambar tersebut, rider itu berjaya meraih gaji sebanyak RM5k pada bulan Mac.
Sangat lumayan, tentunya kejayaan yang hadir buat rider tersebut tidak datang dengan mudah tapi dengan gaji sebegitu, sudah usaha yang dilakukan adalah sangat berbaloi!
Bukan berniat untuk bermegah, rider itu bukan sahaja kongsikan angka yang diperolehi pada bulan tersebut tapi juga tips pada rider di luar sana untuk berjaya sepertinya.
Menurutnya, ada dua perkara penting yang perlu berada diingati buat para rider sekalian. Katanya, “Ciduk dengan tenang, tak langgar lampu merah. Cuma pinggang dan motor kena rajin servis.” Senang, kan?
Slip gaji rider Foodpanda bulan 3. Kata rider, ciduk dengan tenang, tak langgar lampu merah. Cuma pinggang + motor kena rajin servis.
Persaingan gaji yang amat kuat vs gaji graduan. pic.twitter.com/2r2g0XTLZV
— Urban Hartanah 🇲🇾 (@twthartanah) June 30, 2022
Telah viral di media sosial, posting tersebut bagaimanapun meraih beberapa reaksi negatif di kalangan orang ramai. Walaupun ramai yang menyokongnya tapi ada yang tidak bersetuju dengan pekerjaan itu dan berasakan bahawa ia tidak sesuai dilakukan secara long term kerana umur dan manfaat yang sangat sedikit.
Kerjaya sebagai seorang rider ini jelas mendatangkan hasil meskipun ia mempunyai risikonya juga. Namun, bagi anda yang tidak tahan lasak dan mempunyai perancangan tersendiri, mungkin ia bukan kerjaya yang sesuai buat anda.
Kredit: Urban Hartanah
Baca Juga: “Tu Pun Tak Tau Beza?” – Lelaki Dakwa Kawan Pesan & Makan Sup Ular, Rupa-Rupanya..