Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Silap Cashier Kena Potong Gaji!” – Pasar Raya Jual Lamb Shoulders Pada Harga RM1 Satu Paket, Ramai Tak Percaya

“Silap Cashier Kena Potong Gaji!” – Pasar Raya Jual Lamb Shoulders Pada Harga RM1 Satu Paket, Ramai Tak Percaya

Kategori:
Lamb Shoulders Pada Harga RM1

Masalah kenaikkan harga barangan yang melanda negara menyebabkan orang ramai berasa sangat risau. Selain dari minyak masak, harga telur, ayam dan makanan laut membuat mereka berasa resah.

Sambil menantikan solusi dari pihak bertanggungjawab, orang ramai mengambil langkah untuk berjimat-cermat. Jika terjumpa barang yang dijual pada harga RM1, sudah tentu mereka menyambarnya secepat mungkin. Tak mahu rugi, tapi ada lagi ke barang yang dijual dengan harga sebegitu?

“Silap Cashier Kena Potong Gaji!” – Pasar Raya Jual Lamb Shoulders Pada Harga RM1 Satu Paket, Ramai Tak Percaya

Membeli barangan dapur di sebuah pasar raya terdekat, seorang lelaki, rahmatmuliadiamai melakukan satu penemuan yang sangat mengejutkan. Oleh kerana harga barang semakin meningkat, dia mencuba sebaik mungkin untuk berjimat-cermat.

Hanya mendapatkan barangan yang murah, dia kemudian memilih beberapa daging untuk dibeli. Mengambil satu pek lamb shoulders, dia memeriksa harga terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak terlalu mahal. Lamb Shoulders Pada Harga RM1

Memandangkan harga lamb shoulders boleh mencecah puluhan ringgit, lelaki itu sangat berhati-hati supaya tidak menjejaskan perbelanjaan yang telah ditetapkannya.

Namun bila melihat tag harga yang telah ditampal, lelaki itu berasa sangat terkejut. Dijual pada harga RM1 sahaja untuk satu pek, dia berasa sangat tidak percaya. Terus dia memeriksa pek yang lain bagi membandingkan harga. Lamb Shoulders Pada Harga RM1 Lamb Shoulders Pada Harga RM1

Tak ingin rugi, lelaki itu terus mengambil satu pek lamb shoulders yang dijual pada harga RM1 sahaja. Mana lagi nak jumpa harga semurah ini?

@rahmatmuliadiamai♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Tapi di ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak percaya bahawa masih ada pasaraya yang menjual lamb shoulders pada harga RM1. Harga barang semakin naik, mana mungkin!

Malah, ada yang berasakan bahawa hal itu merupakan satu kesalahan teknikal dari pihak pasar raya yang perlu diperbetulkan supaya pelanggan tidak terlalu berharap dan tersalah beli.

Jual Dengan Harga Terlalu Murah, Ramai Tak Percaya! Lamb Shoulders Pada Harga RM1

Agak sukar untuk dapatkan lamb shoulders pada harga RM1 satu pek. Mungkin betul juga kata segelintir orang ramai bahawa ia merupakan kesilapan dari pihak pasar raya.

Tapi kalau betul, anda bolehlah mendapatkannya dan berjimat-cermat. Sambil murah-murah ni, kita beli terus takut nanti harga harga barang semakin naik pula.

Kredit: rahmatmuliadiamai

Baca Juga: “Dapat Letih Je..” – Peniaga Luah Rasa Penat, Jual Kuih Asyik Rugi Akibat Harga Barang Naik

tags: | |