Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akibat Curi 2 Peket Milo, Seorang Suri Rumah Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Bulan Oleh Mahkamah

Akibat Curi 2 Peket Milo, Seorang Suri Rumah Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Bulan Oleh Mahkamah

Kategori:
Curi 2 Peket Milo

Saban hari, seluruh rakyat Malaysia diuji dengan keadaan ekonomi yang kelihatan amat meresahkan. Kenaikkan harga barangan dari masa ke semasa menyebabkan ramai di antara kita tersempit dan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ada yang terpaksa mengikat perut dan berjimat-cermat ketika berbelanja, ada pula yang hilang arah dan bertindak di luar jangkaan.

Akibat Curi 2 Peket Milo, Seorang Suri Rumah Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Bulan Oleh Mahkamah

Terbaharu, sebuah portal berita, Utusan Malaysia melaporkan satu tindakan drastik yang telah dilakukan oleh seorang suri rumah. Berlaku di Marang, Terengganu, suasana Mahkamah Majistret kelihatan sayu apabila seorang ibu yang telah digari diiring keluar oleh seorang anggota polis. Curi 2 Peket Milo

Suri rumah tersebut yang berusia 43 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak telah dijatuhkan hukuman 14 bulan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas didapati bersalah kerana telah mencuri dua paket Milo bernilai RM73 di sebuah pasaraya pada 25 Mei lalu.

Melihat pada bukti yang telah disediakan, pemilik pasar raya mula mengesan tindakan mencurigakan Suhaini yang telah disyaki mencuri menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang telah dipasang pada seluruh premis tersebut.

Mendapat bukti yang secukupnya, pemilik tersebut kemudian mengekori tertuduh sebelum dia terus melarikan diri sehingga meninggalkan motosikal yang telah dinaiki di Hentian Bas Marang. Curi 2 Peket Milo

Namun tindakan melulu itutidak berjaya membantu dirinya terlepas dari tindakan undang-undang. Berjaya ditahan polis di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun, suspek berjaya dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal.

Malah, ini bukan kali pertama Suhaini telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Mempunyai tiga rekod jenayah yang lalu, dia pernah didakwa pada tahun 2019 dan 2021 atas kesalahan mencuri di pasar raya juga. Curi 2 Peket Milo

Mencuri merupakan kesalahan yang sangat serius dan akan dijatuhkan hukuman. Oleh itu, meskipun harga barang meningkat, janganlah kita menjadikannya alasan untuk melakukan jenayah itu.

Sambil itu, jangan juga kita menghukum pesalah itu kerana kita tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam hidupnya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Kredit: Utusan Malaysia

Baca Juga: “Silap Cashier Kena Potong Gaji!” – Pasar Raya Jual Lamb Shoulders Pada Harga RM1 Satu Paket, Ramai Tak Percaya

tags: | |