Bekalan air amat penting bagi kelangsungan hidup. Perlu digunakan untuk kerja-kerja membersih, memasak, menyiram tanaman dan sebagainya, ia digunakan secara harian.
Namun ada kalanya masalah bekalan air akan berlaku. Hal itu membuat orang ramai berasa resah dan mengganggu rutin harian mereka. Jika masalah itu berterusan seperti yang berkalu di Pulau Pinang, orang ramai akan mula panik.
Terbaharu, sebuah pasar raya di Pulau Pinang kelihatan kecoh apabila orang ramai mula menyerbu premis tersebut bagi mendapatkan bekalan minuman yang mencukupi.
Telah dimaklumkan bahawa penduduk pulau tersebut bakal menghadapi masalah bekalan air selama 3 hari berturut-turut, orang ramai bersiap-siap ke pasar raya terdekat bagi mendapatkan bekalan air yang secukupnya.
Meskipun pihak pasar raya sudah menyediakan begitu banyak kotak minuman, ia cepat dihabiskan memandangkan ramai pengguna membeli dengan kuantiti yang banyak bagi bersiap sedia untuk menghadapi krisis itu.
Dengan begitu ramai pembeli, orang ramai kelihatan bersempit sehingga laluan di pasar raya itu menjadi sempit dan sukar di lalui. Jelas orang ramai melakukan pembelian yang banyak supaya tidak susah bila menempuh 3 hari sukar yang bakal datang.
@meeyon_hd bgaimana ditmpat klian???#fyp
@meeyon_hd bgaimana ditmpat klian???#fyp ♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka
Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna, risthaimutz10 meluahkan rasa resah dengan perkara tersebut. Tidak bersedia, dia yang turut menghadapi masalah air itu untuk beberapa hari merasakan ia amat sukar untuk memasak di rumah memandangkan bekalan air terputus.
Jelas masalah bekalan air di Pulau Pinang ini menjadi kerisauan ramai. Demi bersiap sedia, pembeli terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli kelengkapan di rumah.
Tambahan dengan kenaikkan harga barangan, jelas hal ini menjejaskan rakyat. Semoga krisis ini cepat diselesaikan supaya kehidupan mereka boleh kembali dengan normal.
Kredit: meeyon_hd
Baca Juga: Pelanggan Pesan 12 Kotak Pizza Sampai Tak Muat Beg Buat Rider Ini Pening