Sebagai seorang pengusaha makanan dan minuman, aspek kebersihan dan kualiti perlu sentiasa menjadi keutamaan. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang keracunan makanan.
Namun begitu, ada segelintir peniaga yang memandang remeh mengenai perkara tersebut dan menyediakan makanan dan minuman dengan ala kadar.
Sangat tidak bertanggungjawab, tindakan mereka boleh mengundang padah pada perniagaan sendiri dan kesihatan pembeli apabila mereka menemui bahan-bahan yang jijik dalam masakan yang dibeli.
Membeli bubur nasi dari seorang peniaga kecil, seorang wanita, danishsofia2511, tidak menyangka bahawa peniaga tersebut begitu lalai sehingga boleh terlepas pandang kehadiran seekor binatang yang termasuk dalam makanan yang dibelinya.
Ingin menikmati bubur nasi yang dibeli, dia turut mengajak neneknya untuk makan bersama. Namun setelah beberapa suapan, wanita itu terkejut apabila menemui sesuatu yang aneh.
Dicari-cari, mereka terkejut apabila menemui seekor lipas besar dalam bubur nasi itu. Rasa jijik dan loya tekak, wanita itu menyesal kerana membelinya.
Tambahan, wanita itu rasa seperti ingin termuntah kerana telah mengambil beberapa suapan dari bubur nasi yang jijik itu.
Tak patut berlaku, dia turut terkilan bagaimana peniaga itu sangup menjual makanan sebegitu pada pelanggan. Tak periksa terlebih dahulu ke sebelum membungkusnya?
https://www.tiktok.com/@danishsofia2511/video/7117530160001256731
@danishsofia2511 Lipas in a bubur gaiss, nenek aku yg makan pulak tu #lipas #lipasdalambubur ♬ original sound – FyySofia
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut terkilan dengan perkara tersebut kerana tindakan ini dilihat sangat tidak bertanggungjawab dari pihak peniaga,
Seorang pengguna, Kak Faa turut menasihatkan wanita itu dan neneknya untuk temui doktor dengan segera jika badan berasa kurang enak selepas makan bubur tersebut. Ini kerana seekor lipas mempunyai begitu banyak kuman.
Sebelum membungkus makanan, pihak peniaga perlu memastikan ia bersih dan tidak mempunyai apa-apa jenis kotoran. Jika anda lalai sebegini, sudah tentu perniagaan anda tidak berkat kerana telah memperdayakan pelanggan.
Semoga kita semua dijauhi dari peniaga seperti ini.
Kredit: danishsofia2511
Baca Juga: “Nak Rotan Mak Dia..” – Adik Ini Jual Kuih RM40, Akhirnya Kantoi Disuruh Ibu Sendiri