Lambakan kedai makan di luar sana membuatkan kita tidak perlu risau mengenai makanan apabila keluar rumah. Janji ada wang bolehlah singgah mana-mana restoran yang diingini.
Malah ketika membeli belah di Pasar Raya pun tidak menjadi masalah memandangkan banyak kedai yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Namun begitu, apabila mengunjungi kedai makan atau restoran di luar pastinya ada beberapa perkara yang tidak kena.
Tidak kiralah sama ada dari segi makanan yang dihidangkan atau pun layanan pembantu kedai serta restoran. Apa-apa pun itu, sebagai pelanggan kita haruslah bersabar memandangkan semuanya adalah manusia biasa juga.
Kalau ada salah serba sedikit antara pelanggan atau pun pelayan restoran, halalkan dan biarkan je. Tidak menjadi masalah pun jika kita bertolak ansur.
Berkenaan dengan pelanggan dan restoran, terbaharu ada kejadian yang membabitkan kedua-dua belah pihak ini. Apabila ada satu kejadian di mana siren kecemasan tiba-tiba berbunyi di sebuah Shopping Mall dan menyebabkan pengunjung Shopping Mall tersebut lari lintang pukang.
Kejadian yang dikongsikan oleh häfiz menerusi aplikasi TikTok itu memaparkan keadaan pelanggan di sebuah restoran tempatnya bekerja berlari keluar selepas terdengar siren kecemasan.
Akibat dari itu, meja yang masih tersedia makanan dan minuman ditinggalkan begitu sahaja kerana panik. Ekoran itu, hafiz dan seorang kawannya lagi sempat berseloroh siapa yang nak bayar semua ini.
Menunding jari ke arah satu sama lain, namun semuanya seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab.
https://www.tiktok.com/@777hafz/video/7119158263249227034?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@777hafz Replying to @hariz.co0 ♬ original sound – häfiz
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, kalau bomba kata siren palsu selepas siasatan, pelanggan Islam elok masuk balik restoran tu dan bayar makanan.
Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi gelabah apabila berhadapan dengan situasi tersebut semalam. Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh, jika dia berhadapan dengan situasi tersebut, dia akan cakap jangan kemas tau nanti saya nak sambung.
Tidak diketahui apakah situasi seterusnya memandangkan Hafiz hanya kongsikan video yang berdurasi selama 10 saat. Walaubagaimanapun, kami berharap pelanggan restoran tersebut membayar makanan yang dimakan selepas kejadian tersebut reda.
Mungkin juga akan ada pelanggan yang datang kembali ke kedai berkenaan apabila situasi sudah selamat. Namun apabila berada dalam situasi panik sebegini, jangan kita salahkan mana-mana pihak. Waktu-waktu gentir begini, pastinya mereka terfikir hanya untuk selamatkan diri dan keluarga masing-masing sahaja.
Sumber: TikTok häfiz
Baca juga: Makan Nasi Goreng Kampung Harga Kayangan Dalam Pinggan Plastik, Pelanggan Pelik Harga Tak Tetap