Lidah lembu antara bahagian daging yang paling sedap. Namun, tak ramai orang tahu cara untuk memasaknya. Tambahan, rupanya juga membuat segelintir individu berasa gerun melihatnya.
Selain digoreng pedas, anda juga boleh mencuba resepi sup lidah lembu ala thai ini yang telah diolah oleh Koleksi Resepi FB. Mudah sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya!
Resepi Sup Lidah Lembu Ala Thai, Rasanya Perggggggh Sedap Sangat! Sekali Cuba Sampai Bila Teringat
Bahan-bahan
- Lidah lembu
- Lobak merah
- Celery
- Bawang holand (potong bulat atau wedges)
- Bunga kobis
- Anak jagung
- Cabai Melaka (diketuk)
- Tomato
- Jus limau nipis
- Daun sup
- Daun bawang
- Garam
- Gula
- Sos ikan
Bahan tumis
- Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bung cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
- 3 inci halia (tumbuk pecah-pecah saja)
- 6 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
- 1 1/2 sudu besar serbuk sup
- 2 sudu besar lada putih
Cara penyediaan
- Didihkan air dan celurkan lidah lembu selama 3 hingga 5 minit sahaja. Angkat dan kikis dengan pisau untuk buangkan permukaan lidah. Ulang sampai lidah betul-betul bersih.
- Dah siap kikis, rebus lidah tu dengan air yang baru sampai lembut. Air rebusan jangan dibuang.
- Kemudian, tumis bahan tumis sehingga garing. Bila sudah, letakkan dalam air rebusan lidah tadi.
- Bila sup dah mendidih, campakkan sayur-sayuran. Yang mana jenis keras ambil masa, jadi letakkannya terlebih dahulu.
- Perasakan dengan gula, garam dan sos ikan mengikut citarasa masing-masing.
- Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dinikmati.
Mudah sahaja nak menyediakan sup lidah lembu ala thai ini, kan? Bagi anda yang mempunyai lebihan daging lidah lembu semasa Qurban hari tu, wajib mencubanya.
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Koleksi Resepi FB
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sup Pekat Style Mamak, Campur Bahagian Daging Ikut Suka Pun Sedap!