Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Nak ke KL? Jom Ke 10 Port Makan Viral di Bukit Bintang, Ada Banyak Makanan Sedap Untuk Dicuba!

Nak ke KL? Jom Ke 10 Port Makan Viral di Bukit Bintang, Ada Banyak Makanan Sedap Untuk Dicuba!

Kategori: ,

Bukit Bintang sudah menjadi pusat pelancongan dan membeli-belah yang cukup terkenal. Selain menawarkan tempat yang menarik untuk dikunjungi, ada macam-macam makanan yang best untuk anda cuba. Sejak akhir-akhir, terdapat pelbagai makanan yang viral di sini sehinggakan ramai sanggup datang dari jauh untuk mencubanya!

Memang tak menyesal beratur sebab semuanya dijamin sedap! Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok 10 port makan viral di Bukit Bintang!

10 Port Makan Viral di Bukit Bintang Yang Anda Wajib Pergi

10. Kunafa Crisp

Di sinilah port untuk anda dapatkan kunafa viral di Bukit Bintang. Nama pun tengah viral, jadi anda kenalah bersedia untuk beratur untuk dapatkan sepotong kunafa yang lemak berkeju.

Bukan setakat kunafa, malah pelbagai manisan dari Timur Tengah menanti anda. Semuanya menarik untuk dicuba! Jangan lupa untuk rasa sekali honey ice cream yang menyegarkan di Kunafa Crisp.

Alamat : 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 2.00 petang – 2.00 pagi

https://www.tiktok.com/@kunafacrispkl/video/7103043759977303322?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

 

port makan viral di Bukit Bintang

Kredit : Facebook Siti Nurhidayah Khalid

9. Don Don Donki

Bercakap tentang port viral, ada satu lagi makanan viral yang anda wajib dapatkan bila berada di sekitar Bukit Bintang iaitu Wagyu Beef Skewer di Don Don Donki.

Bila anda rasa sendiri daging wagyu grill ni, barulah anda faham kenapa orang sanggup beratur untuk dapatkannya.

Dagingnya lembut, berjus dan cair di mulut! Selain daging wagyu yang viral ni, terdapat kudapan lain yang anda boleh nikmati seperti aiskrim sofuto, keledek bakar dan pelbagai jenis minuman yang menyegarkan.

Alamat : G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 tengah malam

port makan viral di Bukit Bintang

8. Damascus In Shawarma & Juices

Bukit Bintang juga terkenal sebagai lokasi untuk anda dapatkan kebab dengan resepi asli dari Timur Tengah. Antara kebab yang paling popular di sini tentunya Damasus In Shawarma & Juices. Selain kebab, mereka juga menyajikan aneka hidangan Syria dan Arab yang enak-enak belaka.

Alamat : Jalan Sultan Ismail (Jalan Bukit Bintang), 50200 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 2.30 pagi

7. WAR by The Raw

Mungkin ramai yang tak perasan kedai ni kerana lokasinya yang agak tersembunyi di antara celah kedai. Namun, vibe di restoran ini sangat menenangkan dan sesuai untuk berOOTD.

Restoran ini menawarkan menu Barat dengan portion yang cukup memuaskan. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan yang laku keras di sini seperti Tango Pasta, Smoked Salmon Burger serta aneka hidangan platter seperti Seafood Hunter dan Meat Hunter.

Minumannya juga cukup unik dan menarik untuk dicuba seperti Onde-Onde Latte dan Pandan Tropical Drink.

Alamat : WAR by The Raw, 2, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi :

Selasa – Jumaat : 11 pagi – 11 malam

Sabtu : 4.30 petang- 12 tengah malam

Ahad : 9.30 pagi-6.00 petang (tutup setiap Isnin)

Facebook : WAR by The Raw

6.  Nasi Lemak Alor Corner

Bagi anda yang nak nikmati sarapan style Melayu di kawasan Bukit Bintang, singgahlah ke Nasi Lemak Alor Corner. Ada pelbagai hidangan sarapan dan kuih muih tradisional menanti anda.

Alamat : Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 7.30 pagi – 11.30 pagi (tutup setiap Isnin)

5. 32Parfait

Masih ada ruang untuk pencuci mulut? Jom cuba aiskrim berukuran 32 cm yang terkenal di Korea kini berada di Bukit Bintang!

Terdapat pelbagai perisa untuk dicuba seperti vanilla, strawberry, matcha, mango dan blueberry.

Semuanya sedap dan menyegarkan tekak, sesuai untuk dinikmati selepas penat berjalan di sekitar Bukit Bintang. Walaupun aiskrim ni tinggi, namun ramai yang boleh habiskan sebab rasanya yang sedap dan tak muak. Just nice! 

Alamat : G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

4. Boleh Seafood Pot

Dikatakan sebagai port seafood pot nombor satu di Kuala Lumpur, penggemar makanan laut wajib cuba hidangan legend di Boleh Seafood Pot yang terletak di Jalan Alor.

Menggunakan resepi asli sejak tahun 1999, ramai yang cukup menggemari keenakan supnya yang direneh semalaman dengan herba istimewa.

Anda juga boleh pilih 3 tahap kepedasan mengikut citarasa! Tentunya lebih kick dan dijamin sedap.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba menu Atas Seafood Pot yang lengkap dengan makanan laut segar termasuklah udang, sotong, scallop dan ikan siakap.

Menu lain yang anda patut cuba di sini adalah Sotong Salted Egg dan Lala Kam Heong yang super lazat! Rugi kalau tak try sendiri!

3. Restoran Congkak

Kalau anda teringin nak nasi ambeng bila sedang bercuti di KL, datanglah ke Restoran Congkak yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Anda pasti jatuh cinta dengan hidangan ala Nusantara di sini seperti kerabu pucuk paku, ikan wayang dan rendang tok yang padu.

Walaupun harganya sedikit mahal, namun keenakan lauk pauk di sini memang cukup berbaloi untuk anda nikmati dengan rakan dan keluarga.

Alamat : 24, Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 10.00 malam (tutup setiap Isnin)

Kredit : Foursquare.com

2. Killer Gourmet Burger (KGB)

Kalau anda dah sampai ke Bukit Bintang, memang rugi kalau tak cuba sendiri burger berjus dan teramatlah sedap dari KGB.

Dijamin puas hati sebab portionnya juga agak besar. Selain burger, buffalo wingsnya juga cukup laris dan wajib untuk dicuba. Tak kedekut sos dan dimasak sempurna!

Lengkapkan sekali hidangan anda dengan secawan milkshake yang berkrim dan menyegarkan!

port makan viral di Bukit Bintang

Kredit : Foursquare.com

port makan viral di Bukit Bintang

1. Lan Zhou Mee Tarik Bukit Bintang

Dalam banyak-banyak kedai mee tarik di Kuala Lumpur, Lan Zhou Mee Tarik ini dikatakan sebagai mee tarik yang terpadu! Dijamin halal dan teramatlah sedap!

Rasanya dikatakan lebih autentik berbanding kedai lain. Bagi anda nak cuba menu lain, pesanlah hidangan bestseller yang lazat di sini seperti Mala Spicy Noodle, Beeg Ramen dan Fried Dao Xiao Noodle.

Lengkapkan sekali hidangan anda bersama menu sampingan seperti fried dumpling, lamb BBQ dan BBQ Oyster yang super sedap!

Kredit : Facebook Susylawati Faizol

port makan viral di Bukit Bintang

Tak sangka ada banyak port makan viral di Bukit Bintang untuk dicuba. Semuanya nampak sedap dan cukup unik untuk anda nikmati bila berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk ajak geng makan anda aneka makanan sedap di Bukit Bintang! Macam-macam ada!

 

tags: