Keadaan sekarang agak sukar untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah. Malah, harga sayur-sayuran di pasaran turut meningkat. Hal itu membuat orang ramai berasa risau dan berjimat-cermat.
Antara cara untuk mendapat sayur-sayuran dengan harga yang murah adalah membeli terus dari penanam kecil. Sukar ditemui, jika anda menemui mereka, lekas tahan! Manalah tahu anda mungkin akan mendapat sesuatu yang percuma?
Terbaharu, seorang lelaki, muhamadhafidz berasa teruja apabila melihat seorang pak cik yang menaiki sebuah motosikal membawa begitu banyak petai dan durian. Menuju ke pekan yang berhampiran, dia mungkin ke sana untuk menjual hasil tanamannya.
Belum apa-apa lagi, lelaki itu terus menahan pak cik itu di tepi jalan untuk membeli petai yang dibawa. Memandangkan pakcik itu menjual petai pada harga RM1 sahaja satu keping, dia terus mendapatkan kesemuanya.
Mungkin berterima kasih padanya, pak cik tersebut turut menghulurkan dua biji buah durian percuma untuknya. Tak disangka, lelaki itu turut berterima kasih pada pak cik itu atas pemberiannya. Malah, dia turut mendoakan agar dia terus berada dalam keadaan yang sihat dan dimurahkan rezeki.
@muhamadhafidzoldaud Alhamdulillah Rezeki.. nmpak Atok ni bawak motor ada petai, Tahan nk beli petai sekali di bgi free durian, dah la petai murah Rm1.00 sekeping Terima kasih Atok semoga di murahkan rezeki selalu.. #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #rezeki_allah #rezekijalanan
@muhamadhafidzoldaud Alhamdulillah Rezeki.. nmpak Atok ni bawak motor ada petai, Tahan nk beli petai sekali di bgi free durian, dah la petai murah Rm1.00 sekeping Terima kasih Atok semoga di murahkan rezeki selalu.. #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #rezeki_allah #rezekijalanan ♬ Yasir Lana – arief akdw
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut kagum dengan sikap pemurah pak cik itu. Menurut pengguna nasikerabu08, mesti lelaki itu tak sangka bahawa dia akan mendapat durian percuma dengan hanya membeli petai. Tambahan, dia turut mendoakan agar lelaki warga emas itu dimurahkan rezeki.
Seronoknya bila masih ada lagi peniaga sebegini. Semoga pak cik itu diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki yang selalu. Kalau ada sesiapa yang terjumpa dengannya, bolehlah support dengan membeli darinya.
Kredit: muhamadhafidz
Baca Juga: Beli Nasi Lemak RM2 Di RnR, Lelaki Ini Kecewa Dapat Telur Dadar Separuh Sahaja