Peningkatan harga barangan seperti makanan dan minuman akhir-akhir ini begitu merisaukan. Antara yang terkesan adalah daging ayam yang dijual dengan harga yang lebih mahal dari sebelum ini.
Sebagai langkah berjimat-cermat, orang ramai lebih suka membeli di pasar raya yang menjualnya pada harga borong. Namun ada kalanya perkara itu membawa padah kerana segelintir tempat sebegitu akan mengenakan caj tambahan tanpa pengetahuan pembeli.
Baru-baru ini, seorang lelaki, cikman098 telah mengunjungi sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan harian. Siap sahaja ditimbang seekor ayam, dia terus meminta pekerja yang ada untuk memotongnya kepada beberapa bahagian.
Selesai dengan perkara tersebut, pekerja itu terus menghulurkan ayam yang baru sahaja siap dipotong itu kepada lelaki itu. Mengambilnya, dia terus memeriksa bungkusan tersebut dan menyedari terdapat tag harga tambahan yang telah ditampal.
Diperiksa, rupanya pekerja tersebut telah mengenakan caj tambahan sebanyak RM1.90 bagi perkhidmatan memotong ayam. Ingin mendapatkan penjelasan, lelaki itu bertanya pada pekerja dan dijelaskan bahawa selain memotong ayam, pihak pasar raya turut akan membersihnya dengan air batu. Sebab itulah mereka memutuskan untuk mengenakan harga pada pelanggan.
Meskipun telah dijelaskan, lelaki itu tetap berasa tidak berpuas hati memandangkan harga ayam semakin meningkat dan orang ramai sedang berjimat-cermat. Jika dikenakan harga sebegini, sudah tentu ia membuat mereka berasa tidak berpuas hati.
Di ruangan komen, orang ramai turut terkejut. Malah menurut pengguna Santhipaul74, sebelum ini peniaga tidak pernah berbuat begini tapi sekarang perkhidmatan memotong ayam akan dikenakan caj sebanyak 99sen di tempat berhampiran dengannya.
Tentunya sebagai seorang pembeli, perkara ini sangat menghampakan. Ketika orang ramai sedang mencuba sedaya upaya untuk berjimat-cermat, tak sangka ada pula segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Semoga masalah kenaikkan harga barangan ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya kehidupan kita semua akan kembali normal.
Kredit: cikman098
Baca Juga: “Memang Tak Kena..” – Cara Peniaga Goreng Sotong Celup Tepung Buat Wanita Ini Bingung