Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Reti Membaca Kot..” – Pelanggan Tak Reti Kemas Selepas Guna Meja, Wanita Ini Kecewa

“Tak Reti Membaca Kot..” – Pelanggan Tak Reti Kemas Selepas Guna Meja, Wanita Ini Kecewa

Kategori:
pelanggan tak reti kemas

Kebersihan sudah menjadi tanggungjawab semua. Malah bila makan di luar, pelanggan juga diwajibkan untuk menjaga kebersihan dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Namun begitu, masih ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perkara tersebut dan membiarkan sampah sesuka hati. Dilihat menyusahkan pekerja, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku di kalangan masyarakat kita.

“Tak Reti Membaca Kot..” – Pelanggan Tak Reti Kemas Selepas Guna Meja, Wanita Ini Kecewa

Terbaharu, seorang wanita qamira telah memuat naik sebuah video di media sosial untuk berkongsi sesuatu begitu mengecewakan yang telah disaksikannya.

Berada di sebuah pusat beli belah, dia telah membeli secawan ais krim yogurt popular, Llaollao untuk dinikmati seorang diri. Mengambil tempat di salah satu meja yang disediakan berhampiran, wanita itu bagaimanapun kecewa melihat tempat duduk yang lain. pelanggan tak reti kemas

Kelihatan tidak kemas dan sampah dibiarkan begitu sahaja, wanita itu geram dengan tindakan segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab. Selesai makan, mereka beredar dengan begitu sahaja tanpa mengemas sampah mereka. pelanggan tak reti kemas

Malah, peringatan untuk menjaga kebersihan tempat yang digunakan turut ditampal di setiap meja yang ada, jadi bagaimana pelanggan boleh membiarkan sampah-sampah dengan begitu sahaja? pelanggan tak reti kemas

@qamira__

Mesti ada org akan komen ‘kenapa tak tolong buangkan’ . Lol #fypシ #fypage

♬ original sound – Qmira – Hi

@qamira__ Mesti ada org akan komen ‘kenapa tak tolong buangkan’ . Lol #fypシ #fypage ♬ original sound – Qmira – TOKYO

Tapi di ruangan komen, orang ramai ada yang bercanggah pendapat. Meskipun ada yang turut geram dengan sikap segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab tapi ada yang mempertahankan sikap mereka.

Seperti pengguna, wuhukk yang berpendapat bahawa pelanggan berhak berbuat begitu memandangkan makanan yang dibeli itu mahal dari selalu. Jika dibeli dari peniaga kecil, dia tidak kisah untuk membantu.

Manakala cik_shue pula tidak menyalahkan pengguna sepenuhnya. Mungkin tiada tong sampah yang disediakan, sebab itulah pelanggan terpaksa meninggalkan sampah begitu sahaja.

Ada Yang Tak Salahkan Pengguna pelanggan tak reti kemas

Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjaga harta benda yang digunakan dan kebersihan sekeliling. Jangan sesuka hati membiarkan sampah kerana perkara tersebut boleh menyusahkan pihak lain yang terpaksa mengemaskannya.

Kredit: qamira

Baca Juga: “Ni Yang Aku Tak Suka..” – Anak Pelanggan Buat Hal, Akhirnya Pekerja Pasar Raya Ini Yang Perlu Tanggung Akibat

tags: | | |