Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sup Kan Panas Kenapa Hidup Lagi..” Temui Ulat Waktu Makan Laksa, Orang Ramai Hairan Kenapa Ianya Masih Hidup

“Sup Kan Panas Kenapa Hidup Lagi..” Temui Ulat Waktu Makan Laksa, Orang Ramai Hairan Kenapa Ianya Masih Hidup

Kategori:
temui ulat dalam laksa

Makan di kedai atau restoran adalah satu kebiasaan bagi masyarakat kita pada hari ini. Ramai dalam kalangan kita yang menganggap makan di luar adalah lebih mudah.

Memang tidak dinafikan, ianya akan lebih mudah. Lebih-lebih lagi jika kita merupakan seorang lelaki atau pun wanita yang bekerjaya. Kalau balik kerja sudah hampir lewat malam, nak masak pun penat dan tak sempat, jadi makan di luar adalah lebih baik.

Tak payah susah-susah nak beli barang dapur dan barang basah, pergi sahaja ke kedai makan dan pilihlah makanan yang diinginkan. Tunggu sekejap makanan tersebut sudah sampai. Janji poket kena tebal sikit, lebih-lebih lagi jika mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Namun begitu, apabila makan di luar ada satu perkara yang perlu kita titik beratkan iaitu isu kebersihan. Tidak semua kedai menyediakan servis yang bersih, tidak kiralah dari segi makanan, persekitaran atau pun alatan yang digunakan.

Malah banyak sahaja restoran mewah atau terkenal yang tidak ambil endah akan isu kebersihan ini. Pelbagai macam bendasing yang ditemui dalam makanan yang dimakan oleh pelanggan.

Temui ulat saat makan laksa, ramai yang pelik kenapa ianya masih bergerak

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Lyadhanea menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan penemuan ulat saat makan laksa di restoran yang agak terkenal.

 

Bahkan agak menggelikan kerana ulat tersebut masih lagi bergerak-gerak. Menurut Lya, dahulu servis yang disediakan oleh restoran tersebut tiptop namun sekarang amat berbeza.

Dapat dilihat dengan jelas, seekor ulat di dalam laksa tersebut masih lagi bergerak-gerak. Manakala saiz ulat tersebut juga agak besar.

@lyadhanea

Dulu D’laksa ni quality tiptop, now hancurrr ❎ used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?

♬ Kecewa Dalam Setia – Vita Alvia

@lyadhaneaDulu D’laksa ni quality tiptop, now hancurrr ❎ used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?♬ Kecewa Dalam Setia – Vita Alvia

Tak masuk akal kenapa ada benda tu yg jelas supnya panas..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya hairan kenapa ulat tersebut masih lagi bergerak, sedangkan kuah laksa yang dihidangkan biasanya dalam keadaan panas.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat, ulat tersebut datang dari timun atau sayuran yang lain dan ada yang menulis, dia seorang sahaja ke yang tidak pernah makan D’Laksa dari awal ia dibuka.

Pernah kena bukan seekor..

Dalam masa yang sama, ada juga sempat berkongsi pernah menghadapi situasi yang lebih kurang sama.

Ada juga yang menulis, dia pernah nampak pekerja restoran berkenaan tambah air dalam periuk laksa yang hampir kering. Sedangkan keliling dalam periuk tersebut sudah berkerak.

Mungkin pihak restoran berkenaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya memandangkan sudah banyak kejadian penemuan ulat-ulat kecil dalam laksa atau makanan yang dimakan oleh pelanggan.

Perkongsian ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan menutup periuk nasi orang namun ianya adalah sekadar perkongsian semat-mata.

Sumber: TikTok Lyadhanea

Baca juga: “Nak Keluar Jumpa Pakwe Semua Lawa-Lawa Tapi..”, Gadis Ini Dedah Sikap Housemate Pengotor

tags: | | |