Keadaan ekonomi dan peningkatan harga barangan akhir-akhir ini mencetuskan perasaan risau di kalangan orang ramai. Sambil menantikan solusi dari pihak berwajib, mereka turut berjimat-cermat.
Namun bagi para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih lagi kecil, hal itu bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana mempunyai pelbagai keperluan dan minat sendiri.
Jika ibu bapa tidak mampu untuk membelinya sekalipun, janganlah kita memarahi anak-anak dengan teruk sehingga menyebabkan mereka menangis. Perkara itu telah disaksikan oleh seorang lelaki baru-baru ini.
Terbaharu, seorang lelaki mahfuzan87, telah memuat naik sebuah video di media sosial untuk berkongsi peristiwa menyayat hati yang telah disaksikan olehnya.
Mengunjungi sebuah pasar raya untuk mendapatkan barangan keperluan dapur, lelaki itu beratur untuk membayar barangan yang telah dipilih. Namun ketika di sana, dia terdengar perbualan seorang ayah dengan anaknya.
Anak itu yang masih kecil pergi mendapatkan ayahnya untuk meminta membeli bibit jagung untuk ditanam di rumah mereka. Namun oleh kerana ingin berjimat dan kekurangan wang, ayahnya menolak permintaan tersebut.
Tak cukup dengan itu, dia turut memarahi anaknya di hadapan orang ramai sehingga menangis budak itu. Melihat perkara tersebut, lelaki itu terkilan dengan tindakan ayah itu. Walaupun tertekan dengan keadaan ekonomi, seharusnya dia tidak berbuat begitu terhadap anaknya.
https://www.tiktok.com/@mahfuzan87/video/7121286150785944859
@mahfuzan87Aku faham pak cik tu mungkin kekurangan wang…apa salahnya tegur secara perlahan…hancur hati adik tu🥺♬ Yasir Lana – arief akdw
Menjengah di ruangan komen, orang ramai pula bercanggah pendapat. Ada yang bersetuju dengan didikan ayah tersebut, ada yang lain pula. Menurut pengguna ramliayob80, penonton tidak seharusnya menilai cara ayah itu bercakap dengan anaknya kerana kemungkinan si ayah itu lebih tahu cara terbaik untuk mendidiknya.
Manakala pengguna Pak Yabid SU berasa tidak sangup jika berhadapan dengan situasi tersebut kerana risau anak akan terguris perasaan dan mengingati peristiwa tersebut sehingga besar.
Walaupun ibu bapa mengalami tekanan dengan situasi ekonomi terkini, namun anak-anak tidak perlu dijadikan mangsa. Jika ingin menolak, tolaklah secara baik.
Kadang-kadang nak bertegas pun tidak salah tapi janganlah di khalayak ramai. Perkara itu membuat mereka berasa malu apabila orang lain melihat mereka dimarahi.
Kredit: mahfuzan87
Baca Juga: “Tak Reti Membaca Kot..” – Pelanggan Tak Reti Kemas Selepas Guna Meja, Wanita Ini Kecewa