Pada post kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi mudah iaitu resepi Nasi Goreng Cili Padi. Resepi ini sangat ringkas. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi.
Kalau pekena nasi goreng cili padi ni dengan sup panas-panas, perghh..memang layan habis lah jawabnya. Lebih-lebih lagi jusim hujan sekarang ni.
Bahan A
- 3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
- 5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
- Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)
Bahan B
- 1 Biji Bawang Besar
- 2 Biji Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- Cili padi (mengikut kepedasan anda)
Bahan C
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur ayam
Cara-Cara Memasak:
- Kisarkan Bahan B sehingga lumat. Kemudian ketepikan sementara.
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumiskan sementara sehingga naik bau.
- Besarkan sedikit api kemudian masukkan telur. Gualkan hingga menjadi seperti scrambled egg(telur hancur).
- Kemudian masukkan nasi. Gaulkan hingga betul-betul sebati.
- Masukkan garam, kacang panjang yang sudah dipotong dan ikan bilis. Perasakan hingga cukup rasa.
- Ikan bilis bole juga diketuk terlebih dahulu(citarasa masing-masing).
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu. Sudah cuba hari-hari mahu.