Nyaman dan menyegarkan tekak, aiskrim menjadi kegemaran ramai tak kira tua atau muda. Tak kisahlah jenama apa sekalipun, asalkan ianya dihasilkan dengan rasa yang sedap dan sesuai dengan tekak, ia pasti akan jadi pilihan ramai.
Dalam banyak-banyak jenama aiskrim yang ada, di sini kami nak kongsikan 10 aiskrim sedap yang jadi kegemaran netizen. Jom tengok sama ada aiskrim favourite anda ada tak dalam list ni?
Jenama aiskrim tempatan berasaskan gula apong ni nampaknya semakin diminati ramai! Rasanya dikatakan berlemak tapi tak terlalu manis. Just nice!
Bukan setakat perisa gula apong asli, malah pelbagai perisa aiskrim ditawarkan seperti kopi, matcha dan pandan. Memang ngam dengan citarasa rakyat Malaysia!
Pilihan topping pun cukup banyak untuk tambahkan lagi kesedapan aiskrim ni antaranya biscoff, honeycomb, boba dan cornflakes.
Cawangannya juga cukup banyak di serata Malaysia. Jom cuba Mokti’s Ice Cream Gula Apong hari ni!
Bukan selalu makanan dari syarikat penerbangan jadi bualan hangat netizen! Pernah viral tak lama dahulu, keenakan aiskrim Cool Treats yang comel berbentuk bulat ni wajib anda cuba. Cair di mulut dan lain macam sedapnya!
Tersenarai sebagai salah satu aiskrim yang rare dan jarang orang tahu, warga Twitter turut kongsikan keenakan aiskrim nanas yang masam-masam manis.
Aiskrim yang boleh didapati dari Café Nanas Montel ni memang luarbiasa sedapnya!
Dihasilkan daripada buah nanas MD2 yang segar dari ladang, keenakan aiskrim ni memang sukar untuk ditandingi.
Jangan ketinggalan untuk mencubanya kalau anda berada di sekitar MAEPS Serdang. Pelbagai makanan lain berasaskan nanas turut menanti anda di Café Nanas Montel.
Dah pernah cuba Nestle Mochi Boba? Kombinasi mochi yang kenyal, aiskrim serta inti brown sugar boba memang ngam habis! Peminat mochi dan minuman boba wajib cuba! Memang nyaman habis!
Keenakan rasa coklat yang mewah daripada Godiva tak perlu dipertikaikan lagi. Sekali-sekala reward diri dengan aiskrim coklat premium apa salahnya, kan?
Walaupun agak mahal, tapi aiskrim ni dijamin sedap yang teramat. Memang tak menyesal beli!
Aiskrim Musang King Nestlé ini pula dikatakan antara aiskrim berperisa durian yang terbaik di pasaran! Rasanya dikatakan lebih berkrim dan cukup mirip dengan buah original. Harganya juga cukup berpatutan untuk dicuba.
Suka makan aiskrim coklat? Anda wajib cuba Choco Nutty Crunch yang kaya dengan coklat dan keenakan kekacang yang sedap tak terkata. Ada juga yang sarankan untuk makan dengan pisang. Ala-ala banana split gitu!
Mungkin ada yang tak perasan produk terbaru dari Wall’s yang berperisa yogurt strawberi ni.
Dihasilkan daripada buah strawberi sebenar, ramai yang sukakan tekstur aiskrim Wall’s Yogurt Smoothie Strawberry yang sangat creamy. Yang paling best sekali, aiskrim ni rendah kalori!
Kata netizen, kesedapan aiskrim La Cremeria ni memang melampau. Ramai yang gemarkan aiskrim ni sebab rasanya yang terlajak sedap dan lebih murah berbanding jenama lain seperti Magnum.
Untuk rasai nikmat aiskrim ni sepenuhnya, anda dinasihatkan elakkan membeli waktu kenyang kerana rasa coklatnya agak pekat.
Kata netizen, keluarlah banyak mana menu aiskrim baru dari McDonald’s sekalipun, Oreo McFlurry tetap yang terpaling win!
Gabungan biskut Oreo hancur dengan aiskrim vanilla McDonald’s kekal menjadi pilihan ramai walaupun dah lama ada di pasaran. Makan banyak kali pun tak apa!
Banyaknya aiskrim best yang boleh dicuba. Semuanya nampak sedap!
Bagi anda yang selalu repeat aiskrim yang sama, mungkin anda boleh cuba dari yang dalam senarai ni pula. Jom belanja diri sendiri aiskrim sedap yang disyorkan oleh warga Twitter hari ni! Confirm tak menyesal punya!