Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Buat Sambal Terung Bakar, Ada Lauk Ini Pun Dah Cukup Berselera Untuk Makan

Ini Dia Cara Buat Sambal Terung Bakar, Ada Lauk Ini Pun Dah Cukup Berselera Untuk Makan

Kategori: ,
SAMBAL TERUNG BAKAR

Kadang-kadang kita ada waktu di mana kita tidak akan mempunyai selera untuk makan. Perkara ini atas beberapa faktor, antaranya kerana bosan dengan lauk yang sering dimakan seperti ayam, ikan dan daging goreng. Ada kalanya kita juga mahukan sesuatu yang ringkas tapi sedap.

Jika begitu, apa kata kita mencuba lauk yang baharu untuk makan malam nanti? Ini dia resepi sambal terung bakar yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Diolah oleh Nordiana Mohamad, hidangan ini dijamin akan membangkitkan selera anda. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Ini Dia Cara Buat Sambal Terung Bakar, Ada Lauk Ini Pun Dah Cukup Berselera Untuk Makan

Bahan-bahan

  • 6 biji terung ungu
  • 4 biji bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • 6 biji cili padi
  • Setengah genggam ikan bilis – dapatkan harga ikan bilis yang murah di sini
  • Sedikit gula
  • Sedikit ajinomoto

Cara penyediaan

  1. Terung bakar dibakar atas non stick pan. Terbalik-balikkan terung atas pan supaya isi terung masak sekata. SAMBAL TERUNG BAKAR
  2. Bila terung sudah layu, angkat terung dan letakkan atas pinggan. Asingkan isi terung dari kulit. SAMBAL TERUNG BAKAR
  3. Bawang merah, belacan, cili padi dan ikan bilis ditumbuk lumat. SAMBAL TERUNG BAKAR
  4. Letakkan bahan tumbuk di atas isi terung. Letakkan gula dan ajinomoto. Gaul sehingga rata.
  5. Siap untuk dihidang. SAMBAL TERUNG BAKAR

Nota: Resepi ini tidak meletakkan garam sebab belacan dan ikan bilis sudah rasa masin.

Hidangan ini sangat ringkas, kan? Rasa macam tak percaya pula! Bagi penggemar lauk ala kampung, anda wajib mencuba resepi sambal terung bakar ini. Tak perlu tambah lauk lain, cuma makannya bersama sepinggan nasi putih sudah tentu cukup lengkap.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Nordiana Mohamad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Rahsia Ayam Bakar Sedap, Rupanya Perap Ayam Guna Perencah Nasi Goreng Adabi, Baru Mantap!

tags: | |