Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Salah Guna Tong Sampah Yang Disediakan, Pekerja Restoran Luah Rasa Kecewa

Pelanggan Salah Guna Tong Sampah Yang Disediakan, Pekerja Restoran Luah Rasa Kecewa

Kategori:
SALAH GUNA TONG SAMPAH

Pekerjaan dalam industri F&B bukanlah sesuatu yang mudah. Selain waktu pekerjaan yang pangjang dan memenatkan, pekerja industri tersebut sering menghadapi kerenah pelanggan sepangjang hari.

Ada yang baik dan elok perilakunya, ada pula yang sebaliknya. Kadang-kadang kerenah pelanggan benar-benar menguji pekerja sehingga mereka terpaksa bersuara dan menegur sikap pelanggan.

Pelanggan Salah Guna Tong Sampah Yang Disediakan, Pekerja Restoran Luah Rasa Kecewa

Terbaharu, seorang pekerja sebuah makanan segera berasa terkilan melihat sikap segelintir pelanggan yang digambarkan tidak tahu membaca. Kecewa, dia sehingga terpaksa memuat naik sebuah video untuk menegur tindakan mereka. SALAH GUNA TONG SAMPAH

Sedang bekerja, lelaki itu ditugaskan untuk mengemas persekitaran restoran setelah dikunjungi pelanggan. Sedang melakukan kerja pembersihan, dia menuju ke tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah-sampah yang ditinggalkan. SALAH GUNA TONG SAMPAH

Namun melihat pelanggan salah guna tong sampah tersebut, dia hanya mampu menggelengkan kepala. Meskipun tindakan segelintir pelanggan membuang sampah sendiri perlu dipuji, tapi mereka perlu tahu menggunakan tong sampah yang ada dengan betul. SALAH GUNA TONG SAMPAH SALAH GUNA TONG SAMPAH

Tidak membaca arahan yang disediakan, segelintir pelanggan telah meletakkan cawan minuman di bahagian tong sampah dan bukannya membuangnya di bahagian yang telah disediakan.

Walaupun peringatan telah disediakan, sikap pelanggan yang tidak ingin membacanya membuat pekerja tersebut berasa sangat kecewa.

https://www.tiktok.com/@rja_azln_/video/7117160714229402906

@rja_azln_ kalau boleh sumbat sampai celah ii lagi #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #yourpage #esekeli #mcd ♬ suara asli – faisalhky – gungsatriaa

Melihat perkara tersebut, segelintir orang ramai terkilan. Menurut pengguna amendeunih, perkara sebegini boleh membuat mana-mana perkerja berasa tertekan. Ini kerana walaupun peringatan telah disediakan, pelanggan masih gagal menurutinya.

Mana-Mana Pekerja Akan Rasa Stress SALAH GUNA TONG SAMPAH

Oleh itu sebagai seorang pelanggan yang bertanggungjawab, orang ramai perlulah lebih peka dan membaca serta memahami setiap notis yang disediakan pihak restoran. Ini bagi mengelakkan anda tersalah guna kemudahan yang disediakan.

Jika cuai, tindakan anda akan menyusahkan para pekerja dan pelanggan lain.

Kredit: rja_azln_

Baca Juga: “Sape Masih Pakai Camni?” – Tempat Peniaga ‘Sorok’ Duit Tarik Perhatian Orang Ramai

 

tags: | | |