Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Laksa Nyonya, Sekali Cuba Licin Satu Mangkuk. Si Isteri Boleh Cuba Buat Untuk Pikat Hati Suami!

Resepi Laksa Nyonya, Sekali Cuba Licin Satu Mangkuk. Si Isteri Boleh Cuba Buat Untuk Pikat Hati Suami!

Kategori: ,
LAKSA NYONYA

Laksa sudah menjadi hidangan yang sering disebut-sebut di Malaysia. Semenjak dahulu lagi, ia sangat terkenal dan mempunyai pelbagai versi mengikut negeri dan budaya masing-masing.

Di Melaka yang terkenal dengan pelbagai hidangan Nyonya, Laksa Nyonya berjaya menawan hati orang ramai. Aroma dan kepekatan kuahnya menjadi kegilaan, di sini kami ingin kongsikan resepinya yang telah dikongsikan oleh Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Laksa Nyonya, Sekali Cuba Licin Satu Mangkuk. Si Isteri Boleh Cuba Buat Untuk Pikat Hati Suami!

Bahan tumis

  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 biji cili besar merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 4 biji kunyit hidup LAKSA NYONYA

Bahan lain

  • Minyak masak
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • Daun kesum – dapatkan pokoknya di sini
  • 1 kg santan
  • Air
  • Fish ball
  • Tauhu apong
  • Asam gelugur
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula
  • Mi kuning atau bihun

Bahan hiasan

  • Daun salad
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Timun
  • Cili api (dipotong)
  • Telur rebus LAKSA NYONYA LAKSA NYONYA

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bahan sehingga halus.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Semasa menumis itu, masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Setelah pecah minyak, anda boleh tambahkan santan dan air. Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri dan masukkan fish ball, tauhu apong dan asam gelugur.
  5. Perasakan kuah anda dengan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
  6. Dah didih tutup api dan siap untuk dihidangkan.
  7. Setelah itu, celurkan mi mengikut arahan pada paket.
  8. Hiaskan laksa anda mengikut suka. LAKSA NYONYA LAKSA NYONYA

Laksa Nyonya ini kelihatan sangat menarik, kan? Bagi korang yang belum mencubanya, cepat-cepat ke dapur dan sediakannya. Sudah tentu korang akan suka. Bagi korang yang dah kahwin, apa kata cuba sediakannya untuk suami korang? Dijamin makan habis licin dan encik suami bertambah sayang!

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Peria Supaya Dapat Tekstur Yang Lembut & Enak Dimakan

 

tags: | | |