Di dunia ini terdapat pelbagai jenis ular, sama ada ular yang berbisa atau pun tidak. Sama ada ular yang kecil mahu pun besar. Ular merupakan antara binatang atau haiwan dari kelompak reptilia.
Walaupun ada yang berbisa dan tidak, tetap juga ramai dalam kalangan kita berasa takut dan gerun akan binatang ini. Bukan sahaja berasa takut, malah untuk memakannya juga jauh sama sekali.
Seperti yang kita ketahui, bahawa ular ini termasuk dalam haiwan dan binatang yang haram dimakan dalam Islam. Orang Islam sama sekali tidak dibenarkan untuk memakannya kecuali waktu-waktu darurat. Seperti terperangkap di dalam hutan dan untuk berubat.
Namun begitu, makan ular adalah satu kebiasaan bagi segelintir masyarakat yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Mereka ini kebiasaanya akan menyediakan lauk pauk atau menu dari ular yang ditangkap atau pun dibeli.
Berkenaan dengan ular ini, ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama lawingtojeq sempat berkongsi sebuah video yang menunjukkan dia sedang memasak ular pyhton.
Video yang memaparkan ular pyhton besar tersebut dimasak dari mula sehinggalah siap nyatanya telah mendapat perhatian ramai. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas dari awal lelaki berkenaan memasaknya.
Pada mulanya kelihatan ular pyhton yang besar itu disalai kulitnya dan kemudian dicuci bersih. Setelah itu lelaki ini mula memotongnya sebelum merebusnya. Mungkin mengambil masa yang agak lama memandangkan daging ular ini agak keras.
Setelah ular tersebut siap dipotong halus, lelaki tersebut terus menumis bahan tumisan dan memasaknya seperti biasa. Turut memasukkan kicap, sos tiram dan beberapa lagi bahan lain dan mengacaunya sehingga sebati. Kemudian ia dibiarkan seketika.
Dari awal proses penyediaan sehinggalah kepada menikmati ular pyhton tersebut bersama dengan nasi dikongsikan oleh lawingtojeq menerusi video tersebut.
@sostiram92 masak ular python besar guys 🐍#masakansimple #laukkampung
@lawingtojeq masak ular python besar guys 🐍#masakansimple #laukkampung ♬ Kimi No Toriko – Rizky Ayuba
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok yang menonton video tersebut. Ada yang menulis, yang aku tengok sampai habis kenapa sambil meninggalkan komen menangis.
Tidak kurang juga ada yang terkejut dan berseloroh cari serbul kari ular tak jumpa dan ular makan orang tanda salah, orang makan ular tanda betul.
Dalam masa yang sama ada juga yang menjawab sewaktu ditanya apakah ada rasa macam McDonalds dan dijawab oleh warga TikTok tersebut rasanya kalah McDonalds dan KFC. Sangat sedap dan banyak khasiat.
Mungkin betul rasanya sedap memandangkan ada dalam kalangan penduduk Sabah Serawak yang menggemari ular phyton ini. Namun peringatan bagi orang Islam, jangan sesekali mencuba ya.
Sumber: TikTok lawingtojeq