Dengan peluang pekerjaan yang semakin tipis dan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai di antara kita memilih untuk berkerja sebagai seorang food rider. Memandangkan banyak permintaan dan waktu pekerjaan fleksibel, mereka merebut peluang untuk mencari sesuap nasi dengan perkerjaan tersebut.
Namun begitu, pekerjaan tersebut ada beberapa cabarannya juga. Selain perlu menghadapi risiko yang besar di jalan raya dan cuaca yang tidak menentu, para rider turut berhadapan dengan beberapa pelanggan yang tidak berhati perut.
Menyusahkan para rider, ada segelintir pelanggan yang sangat kejam sehingga sanggup bertindak seperti dalam video yang telah dikongsikan oleh video yang telah dimuat naik oleh naddyross ini.
Berlaku semalam, gadis itu keluar dari rumah bagi melihat keadaan kerana hari sedang hujan lebat. Ketika itu, dia menyedari kelibat seorang rider yang sedang menunggu pelanggan yang telah melakukan pesanan di luar.
Memerhati dari jauh, jirannya yang telah memesan belum lagi kelihatan meskipun rider sedang bersusah-payah untuk menghubunginya. Hampir 5 minit menunggu di tengah hujan, gadis itu berasa kasihan melihatnya.
Tak sampai hati membiarkannya, dia membuka pagar rumahnya lalu mengambil payung dan mendekati rider itu untuk mengajaknya berteduh di rumahnya.
Berterima kasih, rider itu masih lagi mencuba sedaya upaya untuk menghubungi pelanggannya tapi tidak berjaya. Pada akhirnya, ibu pejabat penghantaran itu terpaksa membatalkan pesanan tersebut dan menyebabkan rider itu kerugian.
Walaupun kecewa dengan kejadian tersebut, rider itu tetap berterima kasih dengan kebaikan gadis tersebut dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.
@naddyross guys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .
@naddyrossguys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .♬ original sound – 1%
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib rider tersebut. Menurut pengguna piaya_yaya, dia yang turut merupakan pengguna aplikasi penghantaran makanan tidak sampai hati untuk melakukan pesanan ketika hari sedang hujan lebat kerana tidak mahu menyusahkan para rider.
Manakala beberapa pengguna seperti eizlanshah, SrnFaradyana dan Muhd Naqib tampil untuk mengucapkan terima kasih pada gadis itu kerana sanggup membantu rider tersebut.
Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan punyai hati, janganlah kita suka menyusahkan orang lain. Kita belum tahu lagi nasib kita di hari yang akan datang.
Oleh itu, cubalah sedaya mungkin untuk mempermudahkan urusan orang lain dan tentunya kebaikan yang kita berikan akan dibalas dengan cara baik pada masa akan datang.
Kredit: naddyross
Baca Juga: Beri Roti Pada Monyet Di Tepi Jalan, Wanita Ini Tak Sangka Haiwan Itu Balas Cara Begini..