Tidak dinafikan makan di luar adalah satu kenikmatan yang sangat luar biasa. Lebih-lebih lagi jika makan sambil membuat aktiviti seperti mandi kolam atau mandi sungai serta beriadah.
Masak sendiri dan bawa ke tempat beriadah dan makan bersama-sama ahli keluarga. Lauk tak sedap pun akan terasa sedap teramat sangat.
Bukan sahaja makan di luar sambil membawa bekal sahaja enak dan seronok namun makan di pangkin rumah atau luar dari rumah pun sudah seronok lain macam. Lakukan kelainan dan perbezaan dari perkara yang sudah biasa dilakukan.
Namun setiap kali makan di luar, pastikan anda mengambil berat isu kebersihan. Kebersihan adalah separuh dari iman, oleh sebab itu jagalah kebersihan sebaik mungkin walau di mana pun anda berada.
Kalau tiba-tiba tengah makan tu ada lalat datang atau mengerumuni korang, buatlah sesuatu. Bimbang jika ia boleh membawa kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan kira.
Berkenaan dengan lalat ini, terbaharu ada sebuah video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Akak Pelamin di aplikasi TikTok berkisarkan tentang makanan di atas meja dikerumuni banyak lalat.
Walaupun kelihatan banyak lalat bertebangan, wanita yang berada di meja makan tersebut selamba sahaja makan tanpa menghiraukan lalat berkenaan.
Namun lalat tersebut sudah mengerumuni nasi dan beberapa lagi lauk lain di atas meja. Tidak dapat diketahui dengan tepat di mana tempatnya, namun ia kelihatan bukanlah dalam rumah.
Lebih hairan lagi, wanita terbabit kelihatan tidak melakukan apa-apa. Mungkin tidak berasa rimas memandangkan dia kelihatan tidak melakukan apa-apa. Menghalau atau mengipas lalat berkenaan pun tidak.
@akakpelamin Ehh terlupoooo samaa akmalll mintakkk utanggg
@akakpelaminEhh terlupoooo samaa akmalll mintakkk utanggg♬ Это любовь – Амирчик
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ramai yang berasa hairan dan ada juga yang menulis, rileks je dia makan kalau aku auto bersilat mat kilau.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan kalau dia berhadapan dengan situasi yang sebegini, pasti sudah hilang selera.
Dalam masa yang sama ada juga yang berkongsi pengalaman di mana pernah mengunjungi sebuah kedai yang dikerumuni lalat seperti ini. Nak makan pun was-was, takut sakit perut katanya. Ada juga yang menulis, macam mana kalau termakan telur lalat.
Tidak dapat diketahui mengapa akak ini masih dilihat biasa sahaja dan menikmati makanan tersebut walaupun dikerumuni lalat dengan banyak sekali. Mungkin akak ini tidak takut atau mempunyai sebab tersendiri.
Buat korang semua di luar sana, sekiranya tempat tersebut dipenuhi dengan lalat pastikan korang halau dahulu lalat tersebut. Telur lalat adalah antara punca berlakunya keracunan makanan jadi hati-hati ya.
Sumber: TikTok Akak Pelamin