Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Celur Air Panas Tak Cukup, Sekarang Baru Tahu Kaedah Terbaik Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

Celur Air Panas Tak Cukup, Sekarang Baru Tahu Kaedah Terbaik Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

Kategori: ,,
cara hilangkan pahit mi kuning

Selain nasi, roti dan mi juga merupakan antara makanan yang digemari oleh masyarakat Melayu dan penduduk Malaysia. Malah ada juga yang lebih menggemari mi, roti, bihun dan lain-lain makanan selain nasi.

Mi sendiri memilik pelbagai jenis dan bentuk. Antara mi yang paling popular dalam kalangan kita adalah mi kuning. Pelbagai jenis menu dan hidangan yang boleh disediakan dengan mi ini sama ada mi rebus, mi goreng atau pun mi kari.

Namun apa yang menjadi masalah adalah apabila mi kuning  yang dibeli terasa pahit teramat sangat. Pahit tersebut adalah berasal daripada kapur yang digunakan. Sudah rendam dalam air panas namun rasa pahitnya tetap tidak berubah.

Jadi apa kata ikuti sahaja teknik yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Teknik untuk menghilangkan rasa pahit kapur tersebut sangat mudah. Hanya menggunakan satu bahan sahaja. Jom kita ikutinya di bawah ini. 

Celur Air Panas Tak Cukup, Sekarang Baru Tahu Kaedah Terbaik Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

Mi kuning merupakan makanan yang diperkaya dengan karbohidrat yang dapat membekalkan sumber tenaga kepada badan. Tidak hairanlah jika mi kuning menjadi salah satu pilihan utama ramai orang selain daripada nasi.

Walaupun begitu, rasa kapur pada mi kuning menyebabkannya menjadi pahit dan secara tidak langsung telah memutuskan selera makan. Terdapat petua yang mudah sangat mudah dan berkesan untuk menghilangkan rasa kapur pada mi kuning ini.

Caranya simple je, just gaulkan mee dengan gula dan biarkan setengah jam.. pastu baru basuh. InsyaAllah mee yg kita makan tidak rasa kapur lagi.

Mudah sahaja kan nak hilangkan rasa pahit pada mi kuning ini? Selepas dah hilang rasa pahit tu, bolehlah mula memasak dengan bahagia. Oh ya, kalau nak masak mi goreng basah, ikuti sahaja perkongsian resepi di bawah ini. InshaAllah sedap dan menjadi!

Cara Buat Mee Goreng Basah Yang Sedap & Menjadi

Tips :

  • Guna sos-sos yang mencukupi. Jangan kedekut bahan.
  • Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat.
  • Bawang putih kena banyak. Tumbuk kasar-kasar.
  • Masukkan sedikit cuka makan apabila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa.

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee goreng
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Ayam cincang, udang, daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

Bahan Sos & Perasa :

  • 5 tbsp sos cili
  • 1tbsp sos tomato
  • 2tbsp sos tiram
  • 1tbsp kicap manis
  • 2tbsp kicap pekat
  • 1tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
  2. Kemudian masukkan bawang holland dan cili kering kisar.
  3. Masukkan pula lauk pauk dan tumis lagi.
  4. Letakkan sedikit air dan semua sos. Udang masukkan kemudian pun tak apa.
  5. Pecahkan telur dan masukkan mee.
  6. Masukkan sayur dan kacau sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit teknik: Wan Muhammad Hafiz Satar

Kredit resepi: Suhasnida Ismail

Baca juga: Ini Dia Rahsia Mee Goreng Sedap Macam Di Kedai, Tak Perlu Masukkan Perasa Tambahan. Masukkan Bahan Ini Sahaja!

tags: | |