Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia Rahsia Mee Goreng Sedap Macam Di Kedai, Tak Perlu Masukkan Perasa Tambahan. Masukkan Bahan Ini Sahaja!

Ini Dia Rahsia Mee Goreng Sedap Macam Di Kedai, Tak Perlu Masukkan Perasa Tambahan. Masukkan Bahan Ini Sahaja!

Kategori: ,
rahsia mee goreng sedap

Mee goreng merupakan antara hidangan yang cukup popular dalam kalangan kita. Selain di makan pada waktu malam, mee goreng ini seringkali menjadi santapan sewaktu pagi.

Malah ramai juga dalam kalangan anak-anak yang menggemari makanan bergoreng ini. Bahkan siap meminta ibu mereka menyediakan mee ini untuk dibawa bekal ke sekolah. Tidak kurang juga apabila mengunjungi mana-mana kedai, pastinya mee goreng yang menjadi pilihan.

Tetapi mesti anda semua tertanya-tanya mengapa mee yang digoreng dari tukang masak kedai makan atau restoran rasanya sangat sedap dan begitu menyelerakan. Begitu juga di pasar malam dan mana-mana tempat.

Cuba buat sendiri di rumah, tetapi rasanya tetap lain dan tidak sama. Rupa-rupanya banyak tukang masak restoran atau kedai makan ini menggunakan perasa tambahan seperti aji nomoto.

Aji nomoto ini antara satu bahan masakan yang rata-ratanya sangat takut untuk menggunakannya. Lebih-lebih lagi jika hidangan tersebut dimasak dan diberikan kepada anak-anak.

Namun nak menjadikan mee goreng yang anda buat sedap macam dekat kedai tanpa menggunakan bahan perasa boleh sahaja. Ikuti sahaja cara yang dikongsikan oleh doktor Mazliana Mazlan ini.

Rahsia Mee Goreng Sedap Macam Kedai Mamak? Jom Ikuti Perkongsian Doktor Ini

Rahsia mee goreng breakfast anak sedap macam kedai.

Haaaa gitu tajuk dia.

Letak cendawan dua tiga ketul, rasa umami semulajadi keluar. Tak perlu aji, tak perlu perasa.

Sihat anak-anak makan sebab guna perasa semulajadi kan.

Mee goreng kalini, saya buat guna resepi dari member Our HealthyMIX. Ramai pulak follow lepas tu, tips dia tambah cendawan je. Sedapppp lain macam tau.

Senang je nak buat.

Mula saya chop bawang putih dan cendawan 6 saat.

Kemudian tambah minyak, dan terus tumis dalam bowl yang sama 6 minit.

Dah siap tumis, tambah ibu sambal, kiub ayam dari ayam sebenar, kicap tanpa MSG, sos tiram tanpa MSG, air dan sotong.

Kemudian, masak semua bahan ni 5 minit. Tinggal je tau, boleh buat kerja lain kan waktu tu.

Masuk pulak mee dan sayur, tinggal lagi 3 minit.

Siapppp!

Jom tengok gambar macam mana saya buat. Korang punnn boleh buat kat rumah esok k.

Mula kisar bawang putih dan cendawan 6 saat.

Expressss betul kan. Lepas tu tambah minyak dan terus tumis.

Dah siap tumis, tambah bahan-bahan lain, renehkan kejap.

Tambah air sekali, bagi basah sikit mee kita kalini.

Masuk mee dan sayur. Tinggal je 3 minit.

Tadaaaa dah siap!

Sekarang sudah jelas kan cara nak buat mee goreng yang sedap seperti di kedai? Tapi cara yang ditunjukkan oleh doktor ini menggunakan Thermomix. Mungkin anda semua boleh gunakan sahaja cara biasa dan masukkan cendawan sebagai pengganti perasa tambahan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Doktor Mazliana Mazlan

Baca juga: Diformulasi & Diubahsuai Dengan Proses Kimia, Jauhi Anak-Anak Anda Dari Makanan Ini!

tags: | |