Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Isteri Sedih Tengok Suami Penat Niaga Sepanjang Hari Tapi Tiada Yang Berhenti & Beli Jualan

Isteri Sedih Tengok Suami Penat Niaga Sepanjang Hari Tapi Tiada Yang Berhenti & Beli Jualan

Kategori:
SUAMI PENAT NIAGA

Disebalik setiap suami, ada seorang isteri yang sedia menyokong dan memberi semangat. Walaupun seorang lelaki mempunyai sifat yang kental tapi ada kalanya mereka akan lemah dan memerlukan sokongan.

Oleh itu, para isteri memainkan peranan penting dan perlu sentiasa berada di sisi suami di saat begitu. Namun memandangkan perempuan ini dilahirkan dengan sifat yang penyayang dan lembut hati, mereka akan mudah terkesan apabila melihat situasi dan usaha suami tidak mendatangkan hasil yang diinginkan.

Isteri Sedih Tengok Suami Penat Niaga Sepanjang Hari Tapi Tiada Yang Berhenti Dan Beli Jualan

Seperti yang menimpa wanita ini; nrhfza02 yang berada di luar untuk melihat suaminya meniaga secara kecil-kecilan di tepi jalan raya yang sibuk.

Demi mencari sesuap nasi buat mereka, suami wanita itu sanggup menghadapi cuaca yang tidak menentu untuk membuka khemah bagi menjual aneka makanan dan minuman. Berharap ada yang berhenti membeli, dia menunggu pelanggan datang. SUAMI PENAT NIAGA

Namun memandangkan hari semakin gelap, wanita itu tiba untuk jemput suaminya pulang tapi telah diberitahu bahawa jualannya tidak kehabisan. Paling menyedihkan tiada langsung yang membeli. Meskipun perkara itu sangat menghampakan, suami wanita itu tetap tersenyum, mungkin tidak mahu isterinya risau. SUAMI PENAT NIAGA

Sedih dengan nasib suaminya, wanita itu redha dengan perkara yang berlaku tapi mendoakan agar rezeki mereka akan dimurahkan pada hari-hari yang akan datang.

@nrhfza02 Bertapa susahnya nak cari rezeki😌🀲🏻 #fyp #foryoupage #fypindonesia ♬ bila orang dah benci – β—¦β€’β—β—‰βœΏπŸŒΉπ‘π„π„π™πŸŒΉβœΏβ—‰β—β€’β—¦

Di ruangan komen, ada seorang individu, Maui tampil untuk memberi cadangan pada wanita itu untuk meningkatkan jualan mereka. Menurutnya, mungkin orang ramai tidak membeli kerana tiada banner yang disediakan untuk menarik minat pembeli. Mungkin dengan adanya banner, gerai mereka akan kelihatan dan mengajak orang lain berhenti.

Mungkin Silap Cara, Lelaki Ini Cadang Cara Tambahbaik SUAMI PENAT NIAGA

Selain itu, ramai juga bersimpati dan mendoakan agar rezeki pasangan itu turut dimurahkan. Dalam meniaga ini ada waktu kita akan rugi, ada pula kita akan untung. Paling penting kita tidak mudah putus semangat dan teruskan usaha untuk mencari rezeki yang halal.

Orang Ramai Bersimpati, Tampil Beri Kata-Kata Positif SUAMI PENAT NIAGA

Sabarlah wahai isteri, jangan mudah bersedih. Ketika di saat begini, hanya anda yang mampu menaikkan semangat suami. Yang penting, anda sentiasa memberinya semangat dan bantu di mana anda mampu.

Jangan pernah putus asa, teruskan usaha dan kuat menghadapi dugaan ini bersama.

Kredit: nrhfza02

Baca Juga: β€œAku Menangis Tengok..” – Tak Tahan Lihat Kucing Dahaga & Meminta, Akhirnya Pekerja McD Ini..

tags: | |