Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 8 Tempat Makan Menarik di Perlis Yang Wajib Anda Cuba. Sedap Sampai Teringat!

8 Tempat Makan Menarik di Perlis Yang Wajib Anda Cuba. Sedap Sampai Teringat!

Kategori: ,

Perlis terkenal dengan keindahan pantai dan sawah padi yang luas terbentang. Meskipun negeri ini kecil, namun ia menawarkan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Bagi yang sedang merancang untuk ke Perlis, jangan lepaskan peluang untuk nikmati pelbagai hidangan yang menarik di sini.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok 8 tempat makan menarik di Perlis yang wajib anda cuba! Semuanya sedap-sedap belaka!

8 Tempat Makan Menarik di Perlis, Rugi Tak Singgah!

8. Restoran Anjung Keli

Di mana lagi anda boleh nikmati hidangan makan tengah hari dengan lebih 12 jenis sambal dan air asam kalau bukan di Restoran Anjung Keli?

Tak cukup dengan itu, berbelas jenis kerabu dan berpuluh jenis ulam-ulaman turut dijamukan buat pelanggan.

Anda pasti rambang mata dengan pelbagai hidangan bakar seperti ayam bakar, ikan bakar, daging bakar dan paru bakar yang popular di sini.

Kalau boleh elakkanlah daripada berkunjung pada waktu kemuncak sebab tempat makan ni memang selalu sesak pada waktu tengah hari!

Alamat : Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 4.30 petang (tutup setiap Jumaat)

7. Oven Rimba Café

Jangan ingat perlis tak ada kafe Instagrammable tau! Kalau anda teringin nak makan di kafe yang estetik, singgahlah ke Oven Rimba Café!

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah Wanpaku Sandwich, Buttermilk Chicken dan Blueberry Cheesecake yang super sedap! Memang best kalau pekena sekali dengan kopi!

Alamat : Jalan Santan, Kampung Padang Lati, 02400 Kangar, Perlis

Waktu Operasi :

Selasa : 12.00 tengah hari – 6.00 petang

Rabu – Jumaat : 12.00 tengah hari – 9.00 malam

Sabtu & Ahad : 11.00 pagi – 10.00 malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : Oven Rimba

6. Chortiez & Co

Restoran hidangan Barat ini tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan warga Perlis. Antara hidangan signature yang mendapat permintaan di Chortiez & Co adalah Burger Tengkolok.

Apa yang menjadikan ia unik adalah patty dagingnya yang dibuat sendiri dan disumbat dengan keju mozarella sebelum dipanggang.

Memang mantap! Selain itu, restoran ini turut menyajikan hidangan Western yang cukup enak seperti Chicken Chop. Lamb Chop serta aneka pasta.

Alamat : 5, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi : 6.00 petang – 12.00 tengah malam

Tempat Makan Menarik di Perlis

5. Warung Tepi Sawah

Bukan selalu dapat makan sarapan sambil menikmati pemandangan tepi sawah! Kalau anda berada di Perlis, jangan lupa untuk nikmati sarapan di Warung Tepi Sawah yang cukup popular.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Roti Peknga iaitu roti lembut yang diperbuat daripada kelapa dan Roti Lenggang yang seakan pancake. Kedua-duanya memang sedap bila dicicah dengan sambal atau kuah kari.

Selain itu, hidangan sarapan lain turut menanti anda seperti nasi lemak, mee goreng dan roti bakar.

Alamat : 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 12.00 tengah hari (tutup setiap Isnin)

Tempat Makan Menarik di Perlis

4. Restoran Nelayan

Pernah cuba cucur ketam? Kalau nak tahu rasanya, kenalah datang ke Restoran Nelayan yang terletak di Kuala Perlis. Ramai yang cakap laksa dan pasembur di sini sedap.

Selain itu, anda juga boleh nikmati pelbagai juadah makanan laut yang segar dan sedap seperti sotong goreng tepung ketam goreng tepung dan pelbagai jenis ikan bakar. Memang best makan tengah hari atau makan malam di sini!

Alamat : Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi : 9.30 pagi – 11.00 malam

Tempat Makan Menarik di Perlis

3. Dunia Yong Tau Foo Jalanan

Tempat makan yang terletak berdekatan Restoran Anjung Keli ini cukup popular di kalangan penggemar yong tau foo.

Yang paling best, kuah yong tau yang digunakan merupakan hasil air tangan pengusaha kedai sendiri!

Ramai yang suka jadikan tempat makan ini sebagai port lepak santai sambil menikmati sate, Laicikang dan Air Batu Campur.

Alamat : Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi : 5.00 petang – 2.00 pagi

Tempat Makan Menarik di Perlis Tempat Makan Menarik di Perlis

2. Azrina Gulai Panas

Ramai yang kata restoran ini menawarkan gulai ikan antara yang paling sedap di Perlis!  Rasa kuahnya yang pekat dan beraroma menjadikan ia sering padat dengan pengunjung terutamanya pada waktu tengah hari.

Memang enak dinikmati dengan nasi panas dan air asam yang membuka selera.

Selain itu, ramai yang turut menggemari ikan gorengnya yang garing. Makan dengan ulam dan sambal belacan pun dah cukup!

Alamat : 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 8.00 malam (tutup setiap Jumaat)

Tempat Makan Menarik di Perlis

1. Speedline Bistro

Dikatakan sebagai lubuk makan lobster dan King Crab yang paling padu di Perlis, anda wajib cuba hidangan yang istimewa daripada Speedline Bistro.

Tengoklah sendiri saiz lobsternya, gerenti puas hati! Selain itu, ramai yang turut recommend untuk cuba menu lain yang confirm sedap seperti Seafood Platter dan Grill Chicken with Butter Rice dan pelbagai jenis hidangan Western. Kopi di sini juga dikatakan cukup padu dan kaw!

Alamat : B-10B Lorong Bentara 4,Taman Kechor Indah. 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi : 12.30 tengah hari – 11.00 malam (tutup setiap Rabu)

Instagram : Speedline Bistro

Tempat Makan Menarik di Perlis

Banyak rupanya tempat makan menarik di Perlis! Semuanya menarik untuk dicuba. Dari hidangan lobster hingga pengalaman bersarapan dengan pemandangan sawah padi, Perlis pasti menjanjikan pengalaman makan yang unik untuk anda. Jom akan rakan dan keluarga ke Perlis!

tags: