Malaysia serta negara Asia yang lain sangat terkenal dengan buah durian. Durian merupakan raja buah yang berduri dan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna isi.
Apabila tiba musim durian, pasti ramai dalam kalangan penggemar durian akan membeli raja buah ini dalam kuantiti yang banyak. Selain dimakan begitu saja, buah durian juga sangat enak jika dibuat pengat, tempoyak serta masak santan.
Bukan itu sahaja, mungkin anda juga boleh sediakan Puding Santan Durian. Pasti penggemar puding dan durian jatuh cinta akan puding ini. Bukan sahaja rasa lemak durian, ada juga rasa lemak santan yang begitu menyelerakan.
Nak tahu teknik penyediaan yang betul puding ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Zura Zul ini. Sekali cuba pasti jatuh cinta punya!
Cara Penyediaan Puding Santan Durian, Sangat Sedap & Betul-Betul Menyelerakan
Bahan A:
- 10gm agar-agar tali
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 sb pes minuman berperisa durian
- 1 keping roti*
- 2 – 3 ulas isi durian *
- 1 sb susu pekat manis *
- 1 tin susu cair*
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan bertanda * hingga hancur halus.
- Masak agar-agar dengan air hingga larut.
- Kemudian masukkan gula dan kacau sebati.
- Tuangkan bahan kisar, perisa durian dan kacau lagi. Biarkan masak seketika.
- Tuangkan dalam acuan atau loyang 8×8. Biar sederhana beku.
Bahan B:
- 10g agar-agar tali
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur**
- 1 kotak santan 200ml**
- 1 sk pes Minuman Berperisa Durian **
- Sedikit esen vanilla** – jika suka
Cara penyediaan:
- Kacau bahan bertanda ** hingga sebati.
- Masak agar-agar dengan air hingga larut.
- Masukkan gula dan kacau sebati.
- Tuang bahan-bahan yang dikacau dan kacau lagi.
- Biarkan ia masak sampai mendidih membuak-buat ke atas permukaan periuk. Perlahankan api.
- Kemudian tuang perlahan-lahan atas lapisan puding tadi dan bekukan.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Keluarkan puding dari loyang dan potong ikut suka.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Puding Santan Durian ni? Ikuti sahaja teknik di atas ini. InshaAllah pasti menjadi dan sedap puding anda. Selain puding ini, mungkin korang boleh rujuk cara penyediaan tempoyak durian di bawah ini.
Cara & Teknik Betul Buat Tempoyak Durian
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
- Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
- Masukkan ke dalam penapis.
- Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
- Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
- Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
- Dah okey semua, bolehlah simpan dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Kredit: Zura Zul