Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bubur Asyura Utara Yang Paling Ringkas Tapi Lazat Tak Terkata!

Resepi Bubur Asyura Utara Yang Paling Ringkas Tapi Lazat Tak Terkata!

Kategori: ,

Esok kita bakal menyambut Awal Muharram. Biasanya bila masuk saja Tahun Baru Hijrah, kita pasti sudah terbayangkan bubur asyura yang bakal kita nikmati dengan jiran tetangga atau saudara terdekat.

Biasanya bubur asyura sering disajikan sekitar 9 hingga 10 Muharram. Mungkin ramai yang kenali bubur asyura sebagai bubur nasi yang diletakkan daging, sayuran dan pelbagai jenis kekacang.

Namun, untuk masyarakat Melayu yang tinggal di utara, mereka lebih sebati dengan bubur Asyura yang pekat dan manis.

Bagi anda yang rindu untuk nikmati bubur Asyura utara, jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Nur Aishah Md Saad. Siapa yang tak pernah rasa bubur Asyura manis, bolehlah cuba resepi ini!

Senang saja caranya!

Resepi Bubur Asyura Utara Yang Mudah Dan Sedap, Sekejap Je Dah Siap!

Bahan-Bahan :

Bahan A :

  •  2 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 cawan gula putih, gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas

Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi Setelah kacau semua baru buka api perlahan.

Bahan B

  • Jagung tin (tak guna semua, boleh agak-agak sukatannya)
  • ½ biji ubi keledek (potong dadu dan rebus)
  • ½ cawan kacang hijau (rebus dulu)
  • ½ cawan kacang merah (rebus dulu)
  • ½ cawan kacang kuda (rebus dulu)

Cara-Cara :

  1. Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak.
  2. Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
  3. Tuang dalam bekas dan tunggu sehingga sejuk. Bubur Asyura Utara sedia untuk dinikmati.

Wah senang saja rupanya cara nak buat bubur Asyura style orang Utara. Bahan-bahannya yang digunakan sangat ringkas dan cara buatnya tidak sesukar yang disangka.

Kalau dah tau cara buatnya, tak payah tunggu bulan Muharram pun boleh buat. Jom cuba resepi Bubur Asyura Utara yang dikongsikan, gerenti sedap!

Sumber : Nur Aishah Md Saad via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

tags: