Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cottage Pie Yang Terlampau Mudah, First Time Buat Confirm Menjadi Kalau Ikut Cara Ini

Resepi Cottage Pie Yang Terlampau Mudah, First Time Buat Confirm Menjadi Kalau Ikut Cara Ini

Kategori: ,
cottage pie

Cottage Pie merupakan salah satu hidangan Barat yang sangat digemari. Sering dihidangkan di perayaan, penyediaannya memakan waktu kerana prosesnya tidak mudah.

Namun resepi cottage pie yang telah diolah oleh Nurha Muhammad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini meringkaskan penyediaannya dan menjadi mudah untuk para suri rumah mengikutinya. Nak tahu caranya? Ikuti resepinya di bawah.

Resepi Cottage Pie Yang Terlampau Mudah, First Time Buat Confirm Menjadi Kalau Ikut Cara Ini

Bahan kentang lenyek

  • 4 biji kentang Russet
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar susu penuh krim
  • 1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
  • Lada sulah
  • Serbuk lada hitam

Bahan sos bolognese

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang holland (cincang dadu)
  • 400 gm daging kisar
  • 4 biji cendawan butang (hiris nipis)
  • 1/2 tin tomato puri
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Lada hitam kasar
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu besar mixed herb atau italian seasoning
  • 1/2 cawan air

Cara penyediaan

  1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
  2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
  3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland sehingga keperangan.
  4. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
  5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
  6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
  7. Perisakan dengan mized herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
  8. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
  9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
  10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah dan serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
  11. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letakkan tomato ceri jika suka.
  12. Bakar selama 30 minit atau sehingga keperangan. Sedia untuk dihidang.Sedap dimakan panas-panas. cottage pie cottage pie cottage pie

Resepi yang dikongsikan ini adalah lebih ringkas dari yang lain. Jadi bagi anda yang teringin untuk merasai hidangan cottage pie, boleh la mencubanya sekarang! Tentu akan berpuas hati.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Nurha Muhammad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Bomboloni Confirm Jadi, Hasilnya Sangat Gebu & Sedap! Simpan Dalam Peti Pun Tetap Lembut

tags: | |