Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Daging Dendeng Padang Pekat Dan Rangup, Boleh Jadi Sambal Mi Sup Jadi Lagi Sedap!

Daging Dendeng Padang Pekat Dan Rangup, Boleh Jadi Sambal Mi Sup Jadi Lagi Sedap!

Kategori: ,,
daging dendeng Padang

Biasanya, orang ramai menyediakan sambal kicap hitam untuk digandingkan dengan mi sup atau hidangan berkuah. Kali ini, jom kita cuba pula buat daging dendeng orang Padang ni. Yang paling penting, boleh makan dengan hidangan berkuah macam mi sup dan juga nasi panas-panas.

Jom kita buat sama-sama daging dendeng Padang ni!

Daging Dendeng Padang Pekat Dan Rangup, Boleh Jadi Sambal Mi Sup Jadi Lagi Sedap!

daging dendeng Padang

Bahan-Bahan Rebus:

  • 1/2 kg daging batang pinang (potong besar=besar sebab nak rebus)
  • 1 camca makan ketumbar
  • 1/2 camca makan jintan manis
  • 1/2 camca makan jintan putih
  • 4 ulas bawang putiih (ketuk dan cincang)

Bahan-Bahan Sambal:

  • 3 biji lada masak
  • 15 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • blend pecah-pecah je bahan ni semua
  • 1 biiji tomato hiris nipis
  • garam dan perasa

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan rebus, direbus bersama hingga daging empuk.
  2. Selepas daging empuk, keluarkan dagingnya hiris nipis dan tumbuk pecah-pecah seperti dalam gambar ya (jangan sampai hancur lebur).
  3. Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing.
  4. Kalau ikut petua, lepas tumbuk, jemur daging tu sampai kering, boleh tahan berbulan. Tapi lepas dua hari la baru boleh buat sambal ni. Lambat, kita goreng ja.
  5. Tumis bahan blend sampai garing.
  6. Masukkan garam dan perasa.
  7. Masukkan tomato hiris dan masak hingga tomato sebati dengan sambal.
  8. Siap!

daging dendeng Padang daging dendeng Padang daging dendeng Padang

Siap daging dendeng Padang kita! Daging ni macak keropokm rangup-rangup okay. Sebab tu sesuai dijadikan sambal makan dengan hidangan berkuah selain dengan nasi putih panas.

Selamat mencuba dan menikmati, semuanya!

Sumber: Resepi Terkini

Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam Style Orang Jawa, Memang Rasa Lain Dari Mi Goreng Biasa

tags: | |