Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tiba-Tiba Air Mata Mengalir..”, Tindakan Murid Lelaki Ini Suap Kawan Istimewanya Sentuh Hati Netizen

“Tiba-Tiba Air Mata Mengalir..”, Tindakan Murid Lelaki Ini Suap Kawan Istimewanya Sentuh Hati Netizen

Kategori:
suap kawan istimewanya

“Berbuat baiklah, walau sekecil-kecil kebaikan”.

Ayat yang singkat tapi sarat dengan makna yang mendalam. Kebaikan walau hal yang paling kecil dapat menyelamatkan nyawa dan jiwa seseorang. Misalnya, membeli makanan di gerai jualan kecil sebagai tanda sokongan kepada peniaga, ia adalah hal yang menggembirakan hati orang lain.

Ataupun contoh kecil lain, mengucapkan terima kasih kepada makcik yang menjual pisang gpreng selepas membelinya, ia juga merupakan kebaikan kecil yang memanusiakan manusia. Pasti makcik pisang goreng itu merasa dihargai dengan ucapan terima kasih itu.

“Tiba-Tiba Air Mata Mengalir..”, Tindakan Murid Lelaki Ini Suap Kawan Istimewanya Sentuh Hati Netizen

Dan, baru-baru ini, tular sebuah video tentang kebaikan yang dilihat kecil tetapi ia mampu menyentuh hati orang yang melihatnya. Menerusi satu perkongsian video oleh Owein Wein yang juga merupakan seorang cikgu, menunjukkan seorang murid lelaki suap kawan istimewanya yang menghidap sindrom down dengan senyuman ikhlas.

suap kawan istimewanya

“Nama murid yang tolong suapkan itu ialah Masidi, murid satu tu Frankie,” jelas cikgu terbabit apabila ada netizen bertanyakan nama dua murid tersebut.

Melalui riak wajah Masidi, dia dengan senang hati menyuap kawannya Frankie. Begitu juga dengan Frankie, Frankie menerima suapan kawannya dengan menunjukkan minat untuk makan.

Ada komen netizen yang menyebut tentang makanan Masidi yang masiih tidak terbuka, tetapi menyuap kawan istimewanya dahulu adalah hal yang ikhlas dan kebaikan yang besar.

suap kawan istimewanya

@edwinpiusentak♬ original sound – Neen

Meninjau ruangan komen, ramai orang dan netizen tersentuh hati dengan kebaikan yang ditunjukkan Masidi. Sikap Masidi yang ikhlas dan cakna terhadap kawannya membuka hati orang ramai untuk sentiasa melakukan kebaikan. Selain itu, netizen juga menitipkan doa buat kedua murid berkenaan.

“Baik budaknya. Tahniah buat kedua orang tua adik ini. Anda berjaya berikan didikan yang baik buatnya.

“Tengok cara dia suap pun, betul-betul ikhlas dari hati. Nampak hasil didikan parents dia. Semoga terus jadi anak yang baik.

“Saya sebak dan terharu. Semoga jadi anak yang berjaya ya dik.

suap kawan istimewanya

Itulah antara kata-kata netizen selepas melihat klip video kisah murid yang suap kawan istimewanya itu.

Sebak Dan Terharu, Semoga Jadi Anak Yang Berjaya

suap kawan istimewanya

Melalui kisah ini, sememangnya kebaikan kecil mampu mengubah dan memadam keresahan orang sekeliling. Sentiasa percaya bahawa berbuat baik adalah hal yang tidak akan dikesali. Kerana kita di dunia memang memerlukan antara satu sama lain. Sebarkan kasih sayang, elakkan kebencian.

Sumber: Edwinpiusentak

Baca juga: Warga Emas Sediakan RM2 Beli Kopi, Terkejut Bila Kena Bayar RM10, Kisah Pakcik Ini Buat Netizen Sebak Terkenang Perangai ‘Abah’

tags: | |