Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Donat Keladi Susu Yang Mudah Untuk Dicuba, Sesiapa Boleh Buat

Resepi Donat Keladi Susu Yang Mudah Untuk Dicuba, Sesiapa Boleh Buat

Kategori: ,
DONAT KELADI SUSU

Donat memang tidak asing di kalangan orang ramai. Malah di Malaysia, ia kekal terkenal dan digemari ramai. Meskipun terdapat pelbagai variasi donat yang ada dengan inti dan aising yang menarik, orang ramai masih lagi memilih donat susu yang ringkas tapi sedap.

Untuk menambahkan variasi, apa kata kita cuba resepi donat keladi susu ini yang telah diolah oleh Laila Maisara di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)? Warnanya sangat menarik perhatian dan tentu rasanya juga sangat sedap. Jom cuba resepi ini!

Resepi Donat Keladi Susu Yang Mudah Untuk Dicuba, Sesiapa Boleh Buat

Bahan-bahan

  • 1 sudu kecil garam
  • 500 gm tepung roti (boleh juga digantikan dengan tepung gandum)
  • 11 gm yis
  • 10 gm bread improver
  • 20 gm gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 80 gm mentega atau marjerin
  • 160 gm air sejuk
  • 2 sudu kecil pes keladi
  • Gula secukupnya

Cara penyediaan

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
  2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian, uli doh sampai jadi licin.
  4. Potong dan timbang doh setiap satu 50 gm.
  5. Bulat-bulatkan, canai sikit. Ambil penutup botol, tekan di tengah-tengah.
  6. Tunggu doh naik sikit baru boleh goreng menggunakan api yang perlahan sahaja.
  7. Goreng donat sehingga keperangan.
  8. Salut dengan gula secukupnya.  DONAT KELADI SUSU DONAT KELADI SUSU DONAT KELADI SUSU DONAT KELADI SUSU

Mudah sahaja resepi donat keladi susu ini, kan? Makan panas-panas untuk minum petang pun memang best! Jom ajak kawan-kawan anda untuk cuba resepi ini, tentunya lain dari donat susu yang biasa dimakan.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Laila Maisara

Baca Juga: Resepi Kek Peanut Butter, Guna Teknik Ini Untuk Dapatkan Kek Yang Gebu & Super Moist

tags: | | |