Jika kita membeli makanan yang mempunyai tarikh luput seperti roti, gandum dan makanan lain misalnya, benda yang pertama kita akan semak adalah tarikh luput sesuatu makanan itu. Memang jarang makanan yang tiada tarikh luput kerana ia amat penting untuk kualiti makanan bagi pengetahuan pelanggan.
Perkongsian mengenai tips untuk panjangkan jangka hayat produk dengan tarikh luput oleh Sinar Plus dipetik daripada Dr Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia sememangnya penting untuk kita sebagai pengguna tahu.
Sebenarnya, ada perbezaan pada kedua-dua jenis label tarikh luput (guna sebelum/use by) dan (baik sebelum/best before) pada sesuatu makanan. Pengguna tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabbnya produk tersebut dilabel sebegitu.
Jom kita baca penjelasan lanjut beza tarikh luput produk dari Dr Fatimah Salim ini:
Semua Perlu Tahu! Tips Dan Penerangan Pemanjangan Jangka Hayat Produk Serta Beza Tarikh Luput!
Tips Dr Fatimah untuk memanjangkkan jangka hayat produk:
- Simpan dalam peti (freezer atau chiller).
- Suhu yang rendah melambatkan proses tindak balas kimia bahan dalaman produk.
- Selain itu, ia juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Guna Sebelum / Use By:
- Tarikh yang tertera sebagai ‘guna sebelum’ ialah tarikh akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan.
- Kebiasaannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.
- Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah dibuang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Baik Sebelum / Best Before:
- Tarikh untuk label ‘baik sebelum’ menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.
- Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tesktur aroma, rasan dan nutrisi asalnya.
- Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.
- Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair) warna (berubah dari asal), bau (tengik disebabkan oksidasi) dan rasa (tengik, masam) yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
- Sekiranya terdapat perubahan tersebut, kita seharusnya membuang terus produk ini.
Semoga perkongsian pemanjangan jangka hayat produk dan beza tarikh luput produk ini bermanfaat untuk semua supaya kita boleh bezakan dan maksud disebalik (baik sebelum/best before) dan (guna sebelum / use by).
Sumber: Sinar Plus
Baca juga: Resepi Sandwich Cheesecake Mudah Dan Senang, Ada 2 Flavour Orea Dan Coklat!