Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bukan Kerja Kami Jaga Kualiti..” – Rider Kesal Dengan Cara Peniaga Bungkus Makanan, Mohon Lebih Berhati-Hati

“Bukan Kerja Kami Jaga Kualiti..” – Rider Kesal Dengan Cara Peniaga Bungkus Makanan, Mohon Lebih Berhati-Hati

Kategori:
Cara Peniaga Bungkus Makanan

Kerjaya sebagai seorang rider tidaklah semudah yang disangka. Selain dari perlu menghadapi cuaca yang tidak menentu dan risiko di jalan raya, mereka turut perlu menghadapi kerenah manusia yang tidak kesudahan.

Bukan sahaja dari segelintir pelanggan, malah beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab turut menyusahkan para rider sehingga menyebabkan mereka dipersalahkan atas sesuatu yang tidak dilakukan mereka.

Oleh itu, peniaga juga perlu memainkan peranan dalam memastikan pesanan pelanggan mencukupi dan dibungkus dengan elok supaya perkara yang berlaku atas rider ini tidak menimpa rider lain.

“Bukan Kerja Kami Jaga Kualiti..” – Rider Kesal Dengan Cara Peniaga Bungkus Makanan, Mohon Lebih Berhati-Hati

Terbaharu, seorang rider GrabFood fakhriezzzzz, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kesal dengan seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Menerima pesanan pelanggan untuk dihantar, rider tersebut terus mengambilnya untuk dihantarkan ke lokasi pelanggan. Namun ketika dalam perjalanan ke sana, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Cara Peniaga Bungkus Makanan

Diperiksa dalam beg, dia berasa terkejut apabila mendapati spaghetti pelanggan tertumpah. Hal itu membuatnya berasa kesal kerana makanan itu tidak dibungkus dengan baik oleh pihak restoran. Cara Peniaga Bungkus Makanan

Tak ingin perkara itu berlaku lagi, dia memohon pada peniaga lain supaya lebih berhati-hati dan membungkus makanan dengan elok. Cara Peniaga Bungkus Makanan

Jika peniaga lalai dari segi pembungkusan dan makanan tertumpah, sudah tentu para rider yang akan dipersalahkan terlebih dahulu. Oleh itu, jangan mengambil ringan mengenai perkara tersebut kerana tambahnya lagi, ia bukan tugas rider untuk memastikan makanan dibungkus dengan baik.

https://www.tiktok.com/@fakhriezzzzz/video/7126807844065676571

@fakhriezzzzz bukan kerja kami nak jaga kualiti makanan korang 😓 #grabfood #shoppeefood #fypシ #xyzbca #poligamibukanjenayah ♬ original sound – Fakhri ⚜️

Di ruangan komen, orang ramai turut bersetuju dengan nasihat rider itu. Malah perkara sebegini sering berlaku ke atas rider dan akhirnya mereka pula yang dimarahi.

Salah Peniaga Tapi Rider Yang Selalu Disalahkan Cara Peniaga Bungkus Makanan

Bagi para peniaga di luar sana, jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan bungkus pesanan pelanggan seeloknya supaya ia tidak tertumpah.

Jika anda berbuat begitu, ia juga akan memudahkan para rider dan semua pihak juga akan berpuas hati.

Kredit: fakhriezzzzz

Baca Juga: Cara Gadis Ini Makan Telur Mata Buat Orang Lain Stress, Akhirnya Mereka..

tags: | | | | |