Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Penat Kerja Satu Hari, Sebak Tengok Pelanggan Sanggup Buat Begini Lepas Makan

Peniaga Penat Kerja Satu Hari, Sebak Tengok Pelanggan Sanggup Buat Begini Lepas Makan

Kategori:
Pelanggan Sanggup Buat Begini

Mengusahakan sebuah kedai makan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi seperti waktu kerja yang panjang dan memenatkan serta kerenah pelanggan.

Sering kali kita mendegar pelbagai kisah malang yang telah dikongsikan oleh segelintir peniaga ketika berurusan dengan pelanggan yang bertindak kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.

Hal itu boleh membuat segelintir orang berasa takut untuk meniaga tapi percayalah bahawa masih ramai pelanggan di luar sana yang sangat memahami dan bertoleransi seperti yang telah ditemui oleh peniaga ini.

Peniaga Penat Kerja Satu Hari, Sebak Tengok Pelanggan Sanggup Buat Begini Lepas Makan

Setelah penat mengoperasikan gerai makan sepanjang hari, seorang peniaga mula melakukan kerja mengemas di sekitar gerai.

Tidak berkesempatan untuk mengambil semua pinggan dan gelas pelanggan di meja, dia mulakan kerja mengemas dari situ dan pergi dari meja ke meja untuk mengutip kesemuanya. Pelanggan Sanggup Buat Begini

Ketika bergerak untuk mengemas sebuah meja, peniaga itu mula berasa sebak dan terharu apabila melihat keadaan pinggan dan cawan yang telah ditinggalkan. Pelanggan Sanggup Buat Begini

Dikemas dan disusun dengan elok terlebih dahulu oleh pelanggan yang menggunakannya, dia juga berterima kasih pada pelanggan tersebut kerana telah memudahkan kerjanya. Pelanggan Sanggup Buat Begini

Tambahnya, perkara sebeginilah yang boleh menyenangkan hati para peniaga setelah sepanjang hari meniaga.

@eanayie

Orang kerja kedai makan je tahu feelingnya mcm mana ahahahhaa

♬ suara asli – rummm. – rummm.

@eanayieOrang kerja kedai makan je tahu feelingnya mcm mana ahahahhaa♬ suara asli – 𝐁 𝐀 𝐒 𝐏 𝐑 𝐀

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai yang turut berbuat begini melakukan kerja mengemas kerana memahami keadaan peniaga dan niat mereka hanya mahu membantu di mana mereka mampu seperti mengemas pinggan dan cawan dengan elok selepas menggunakannya.

Pelanggan Faham Penat Peniaga Pelanggan Sanggup Buat Begini

Ada pula beberapa peniaga yang bersyukur apabila dapat berurusan dengan pelanggan yang baik hati seperti begini. Terus hilang segala penat lelah!

Peniaga Suka Berurusan Dengan Pelanggan Begini  Pelanggan Sanggup Buat Begini

Sukanya peniaga bila ada pelanggan yang begini. Tak salah jika kita berbuat baik, mudahkan urusan orang lain dan urusan kita juga akan dimudahkan. Jom kita contohi sikap ini.

Kredit: eanayie

Baca Juga: “Bukan Kerja Kami Jaga Kualiti..” – Rider Kesal Dengan Cara Peniaga Bungkus Makanan, Mohon Lebih Berhati-Hati

tags: | | |