Kek tapak kuda sangat terkenal di negara Brunei. Jika di Malaysia, ia sangat jarang kelihatan kerana tak ramai yang tahu cara untuk membuatnya. Akhirnya ramai yang lebih suka untuk membelinya.
Dari dibeli, di sini kami ingin berkongsi resepi kek tapak kuda nutella yang lebih sedap dan mudah sahaja untuk disediakan. Resepi ini telah diolah oleh Rosnah Uyub. Ikuti setiap langkah untuk memastikan kek anda berjaya dihasilkan.
Dari Beli, Elok Buat Sendiri! Ini Resepi Kek Tapak Kuda Nutella Yang Sedap & Gebu
Bahan-bahan
- 100 gm tepung gandum
- 60 gm tepung jagung
- 100 gm gula kastor
- 50 ml susu kotak
- 75 gm mentega cair
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar coklat emulco
- Nutella secukupnya
Cara penyediaan
- Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair, nutella dan coklat emulco.
- Menggunakan mixer, putar pada low speed sehingga tepung sebati. Agak-agak bila dah sebati, baru tukarkan pada high speed. Putar lebih kurang 8 minit sampai ia gebu-gebas seperti dalam gambar.
- Kemudian, masukkan mentega cair dan putar sampai sebati. Sediakan loyang 10×10 inci yang telah disapu mentega di permukaannya dan satu piping beg.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Bahagian putih masukkan dalam pipping bag. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco.
- Yang coklat dituangkan dalam loyang. Ratakan seperti dalam gambar.
- Bahagian putih pula dipaipkan atas permukaan coklat tadi. Nanti dia akan menjadi dua lapisan ketika dibakar.
- Siap dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit. Pastikan anda panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
- Bila sudah siap, keluarkan kek. Cucuk dulu dengan lidi untuk periksa kek.
- Keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan. Kek mempunyai dua lapisan.
- Potong kek pada dua bahagian.
- Sediakan Nutella dan sapukan pada permukaan kek. Jangan terlalu banyak nanti kek menjadi comot.
- Lipat dua kek seperti dalam gambar. Dah lipat bungkuskan dengan pembalut plastik.
- Satu adunan dapat dua batang kek. Siap bungkus boleh simpan dalam peti ais. Dah sejuk baru potong-potong dan bolehlah dihidangkan.
- Ini rupa kek setelah siap dipotong, sedia untuk dinikmati.
Mudah sahaja untuk menyediakan kek tapak kuda nutella sendiri, kan? Bagi anda yang ingin merasainya, jom cuba resepi ini sekarang. Tak susah, yang penting kek itu tetap sedap untuk dimakan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Rosnah Uyub
Baca Juga: Resepi Kuih Pukis Makanan Tradisional Indonesia, Hadir Dalam Pelbagai Perisa, Jom Cuba!