Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Geram Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit, Akhirnya Peniaga Ini Buat Macam Ni..

Geram Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit, Akhirnya Peniaga Ini Buat Macam Ni..

Kategori:
Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit

Memulakan sebuah perniagaan kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Sebelum berjaya, tentu ada pelbagai cabaran dan dugaan yang peniaga perlu menghadapi.

Selain perlu mengambil kira pelbagai kos untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar, peniaga juga berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Meskipun para peniaga sudah mencuba sebaik mungkin untuk memberi servis dan produk yang terbaik, ada sahaja yang tak kena di mata segelintir pelanggan. Tapi nak buat macam mana, kalau meniaga ini memang kena ikut citarasa pelanggan.

Geram Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit, Akhirnya Peniaga Ini Buat Macam Ni..

Terbaharu, seorang peniaga dessert_alorsetar yang menjual popia pisang bersama aneka sos berasa binggung dan geram apabila menerima aduan dari pelanggan.

Menurut pelanggan tersebut, dia meminta pada peniaga tersebut untuk memberikan sos coklat yang lebih supaya lebih puas hati ketika dimakan. Namun dia hairan kerana menurutnya, sos yang disediakan sudah mencukupi dan harga barang pun makan naik jadi dia pun mungkin ingin berpada-pada. Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit

Tapi terpaksa akur dengan permintaan pelanggan, dia terus mengambil sebotol sos coklat dan menuang kesemuanya ke atas popia pisang pelanggan tersebut. Banjir satu bekas popia, mungkin dengan cara ini barulah pelanggan akan berpuas hati dengan pesanan mereka?  Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit

@deessert_alorsetar boleh kak 👅 #popiapisangkedah ♬ original sound – Deessert_alorsetar

Meninjau di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan, orang ramai berasa terliur pula apabila melihat sos coklat yang begitu banyak. Menurut beberapa invidu seperti matcha.ice11 dan theasycollection, mereka teringin untuk merasainya. Dari dibuang, baik diberi pada mereka!

Nampak Sedap, Ramai Yang Minta Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit

Sambil itu, ada juga yang berasa sesiapa yang makan popia pisang yang dibanjiri sos coklat itu akan berasa sakit perut dan berada di dalam tandas kerana kandungan gula, susu dan coklat yang banyak.

“Auto Masuk Toilet..” Pelanggan Complain Dapat Sos Coklat Sikit

Susahnya meniaga, buat apa pun tak kena tapi akhirnya peniaga pun kena mengalah dengan permintaan pelanggan. Nak sangat sos coklat yang lebih, kita bagi yang lebih supaya lebih puas hati.

Buat para pembaca, jangan mengambil perkongsian ini terlalu serius pula ya. Jelas video yang dikongsikan dan artikel ini hanya sebagai hiburan buat anda semua. Jom support peniaga tempatan!

Kredit: dessert_alorsetar

Baca Juga: “Sampai Pekerja KFC Terharu..” – Anak Tumpahkan Minuman Di Lantai, Ayah Ini Terus Bertanggungjawab

tags: | | | |