Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad, Sedap Makan Masa Sejuk-Sejuk!

Resepi Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad, Sedap Makan Masa Sejuk-Sejuk!

Kategori: ,
Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad

Puding buih sangat digemari ramai. Mempunyai tekstur yang gebu dan cair di mulut, ia merupakan pencuci mulut yang sesuai dengan cuaca Malaysia yang sering panas.

Namun ramai orang yang tak tahu cara untuk membuatnya. Ia memakan sedikit waktu tapi hasilnya sangat berbaloi. Untuk mencari kelainan, apa kata kita cuba pula resepi puding buih tembikai bersama sos kastad ini yang telah dikongsikan oleh T-hah T-hah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Tentunya enak!

Resepi Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad, Sedap Makan Masa Sejuk-Sejuk!

Bahan puding buih

  • 20 gm agar-agar strip
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji putih telur gred A
  • 1 biji kuning telur gred A
  • Cip coklat, kisimis atau bijan hitam
  • Pewarna makanan merah, kuning dan hijau Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad

Bahan sos kastad

  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar teh esen vanillla
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan (disimpul) Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad

Cara penyediaan pudih buih tembikai

  1. Didihkan air. Masukkan agar-agar dan kacau sehingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan gula dan esen vanilla. Kacau lagi hingga gula larut. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  3. Angkat dan tapiskan. Ketepikan dan biar agar-agar suam-suam kuku dalam masa 15 minit.
  4. Pukul putih telur, pastikan tiada kuning telur atau air sehingga tekstur sama dengan meringue. Pukul dengan high speed sehingga kembang dan kental. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  5. Masukkan kuning telur. Kalau tak nak letak pun tak mengapa tapi kalau campur puding akan rasa lemak-lemak sikit dan lebih sedap. Pukul lagi sehingga kembang dan gebu. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  6. Tuang agar-agar yang dah suam sedikit demi sedikit sambil pukul hingga ke dasar mangkuk. Jangan masukkan agar-agar sekaligus kerana ia akan menyebabkan adunan putih telur terpisah dan terapung dari agar-agar.
  7. Pukul selama 5 hingga 10 minit hingga adunan menjadi sejuk dan gebu. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  8. Tuang adunan ke dalam bekas yang telah dibasahkan supaya senang nak keluarkan dari bekas nanti.
  9. Titikkan 2 sudu besar teh pewarna merah dan kuning di bahagian tengah adunan untuk jadikan isi tembikai. Kacau dengan sudu membentuk bulatan hingga rata. Kacau dengan berhati-hati supaya warna tak terkena pada dasar mangkuk. Masa ini memerlukan ketelitian sedikit. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  10. Sejukkan dalam peti ais sehingga beku dalam 1/2 jam. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  11. Sisipkan puding dengan pisau supaya senang nak terbalikkan. Terbalikkan mangkuk perlahan-lahan ke atas bekas lain.
  12. Ce;up beras dengan pewarna hijau dan sapu keseluruhan luar puding sebagai kulit tembikai. Buat corak tembikai sekali. Biarkan pewarna kering baru simpan dalam peti ais. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  13. Keluarkan puding dan terbalikkan semula. Permukaan isi tembikai di bahagian atas, bahagian kulit di bawah. Potong perlahan-lahan kemudian letakkan cip coklat sebagai biji tembikai. Curah sos kastard semasa hidangkan. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad

Cara penyediaan sos kastad

  1. Satukan semua bahan-bahan sos dalam periuk. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad
  2. Kacau sehingga rata dahulu baru buka api.
  3. Kacau sentiasa hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  4. Kemudian tapiskan dan simpan dalam peti ais, tuang pada puding nanti. Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad

Puding buih tembikai bersama sos kastad ini dah berjaya dihasilkan! Nampak sungguh sedap jadi amat merugikan kalau anda tak cuba. Paling nikmat bila anda menikmatinya ketika ia sejuk dan baru dikeluarkan dari peti ais.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: T-hah T-hah

Baca Juga: Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan, Kukus Dalam 20 Minit Je, Boleh Sediakan Masa Jamuan

tags: | | |