Pisang sering digunakan dalam aneka pencuci mulut kerana mempunyai rasa yang manis. Amat jarang sekali ia digunakan dalam hidangan savori seperti gulai.
Tapi tahukah anda bahawa orang dahulu selalu menjadikannya lauk untuk dimakan bersama nasi? Ya! Dahulu hidangan gulai lemak pisang sangat terkenal. Kalau tak ada ayam, ikan atau daging, ia sering menjadi pilihan.
Sangat menarik, kan? Kalau begitu jom kita cuba resepi gulai lemak pisang ini yang telah dikongsikan oleh Nazura Zainal Abidin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Nampak menarik sangat hidangan ini, kan? Bagi anda yang sukakan menu kampung, boleh lah mencubanya. Rasa gulai ini sedikit manis dari pisang itu tapi taklah terlalu melampau.
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Nazura Zainal Abidin
Baca Juga: Resepi Puding Buih Tembikai Bersama Sos Kastad, Sedap Makan Masa Sejuk-Sejuk!